Feb 6, 2009

hukum insurans nyawa oleh syrkt Takaful

Salam

1. Apakah hukumnya skim takaful yang berkaitan dengan insuran nyawa? adkah sistem ini dibenarkan oleh syara kerana sistem ini diperkenalkan oleh barat? Yellow Confused

2. benarkah terdapat fatwa dari kerajaan arab saudi yang mengharamkan sebarang bentuk perniagaan yang berteraskan MLM? Yellow Confused

********************
thtl

Wassalam

الجواب
alJawab:

1. Takaful Life assurance

Ini merupakan soalan ulangan. Industri takaful di Malaysia telah berubah wajah bila akta insuran 1963 (konvensional) menyaksikan akta baru, akta insuran, takaful Act 1984 diluluskan, hasil usaha almarhum Prof Ahmad Ibrahim, UIAM yang mempengerusikan badan Perunding Islam bagi menggubal akta Insuran Islam Malaysia. Bila akta takaful 1984 diluluskan, maka tertubuhlah syarikat Takaful Malaysia pada Nov. 1984 dan ia berkembang pesat hingga disenaraikan di BSKL pada tahun 1996.
memang benar seperti kata anda, bahawa asalnya insuran ini ialah dari Barat, tapi selepas menerapkan falsafah syari'ah, maka insuran Islam akhirnya ujud dalam dua bentuk: Takaful keluarga dan takaful 'Am. Dalam takaful keluarga itulah sebenarnya dimasukan pakej insuran nyawa.

Jadi isu halal dan haram insuran ini memang kontroversi (khilafiah), namun hasil dari muktamar dan persidangan fiqih, maka industri insuran Islam telahpun muncul dan membersihkan sedaya mungkin unsur-unsur yg insuran Barat yang anda maksudkan itu. Antara ulama besar yang merintis jalan kepada keujudan industri insuran Islam ialah Dr alQardhawi dalam kitabnya al-Halal & Haram. Jika anda mahukan pendapat al-Qardhawi mengenai insuran, sila baca kitab beliau tsb.

2. Fatwa yang mengharamkan MLM khususnya pyramiding dari kerajaan arab saudi memang ada yakni pada websites tidak resminya, Islam Q&A , antaranya dari fatwa Syaikh Saudi, syaikh Sami alSuwailim. Terdapat juga Fatwa dari Sudan, Prof Dr Ahmad Khalid Ba Bakar, majma' Fiqh Sudan. Juga fatwa dari Markaz Imam al-Albani Jordan yang ditandatangani oleh ditandatangani oleh Syaikh Muhammad Musa Alu Nashr, Syaikh Salim Ied alHilali, Syaikh Ali bin Hasan alHalabi alAtsari dan Syaikh Mansur bin Hasan Alu Salman yang dikeluarkan di Jordan pada tanggan 26 Sya'ban 1424H.

1 comments:

Anonymous said...

Use the Stock Market to create passive income by ‘Renting’ your shares (writing covered
calls is the technical name for this strategy) & combine this with a Real Estate portfolio designed to give
you capital growth (he focuses on how to get ‘no money down’ deals).
With the "information age" well under way, this is not surprising.
You don't have to add that you are also being a cheapskate, or maybe you could take advantage of a teachable moment about sticking to a budget.

My web site: free pdf ebook download

Post a Comment