Feb 6, 2009

Skim Amanah

Assalamualikum..

apakah hukum dan pandangan ulama' mengenai penyertaan kita dalam skim amanah (unit trust) seperti ASB, Public mutual, atau takaful
sebagai mana kita tahu, sekarang skim amanah seperti public mutual hanya melabur di dalam syarikat2 yang hanya di senaraikan di dalam indeks syariah dan tidak melabur di dalam syarikat yang haram atau syubhat.
kita tahu ASB agak kabur dimana duit di laburkannya. dan begitu juga KWSP, hanya 30% dilaburkan secara islamik dan 70% adalah tidak islamik.tetapi pegawai kerajaan wajib mencarum kepada KWSP.Jadi Bagaimana?

***********************
thtl

Wassalam

alJawab:

1. Melabur dalam unit trust adalah diharuskan jika ia tersenarai sebagai unit amanah syari'ah. Akhbar harian di ruangan saham meletakkan tanda asterisk (*) kpd unit trust yg diluluskan sebagai skim syari'ah.

2. ASB, spt kata panel ekonomi/kewangan kami UZAR adalah skim pelaburan konvensional

3. KWSP juga adalah skim konvensional. Namun mencarum ke dalam skim ini adalah mandatori, maka seseorang tidak dipersalahkan kerana ia mencarum secara terpaksa. Dalilnya: AQ 2: 173 (tetapi b/siapa yg terpaksa memakannya sedang ia tidak hingin dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya)

jawapan muktamad akan dikemukakan oleh UZAR tidak lama lagi berhubung ASB dan KWSP, InsyaALlah.

sekian

1 comments:

Anonymous said...

sallam tuan,

Saya ingin tahu jawapan berhubung ASB dan KWSP

Post a Comment