Feb 2, 2009

Rampai: Mungkar-warisan-dakwah-aurat-persona

Salam

Q1. Apabila kita geram dengan kemungkaran yang dipaparkan di kaca TV, bolehkah kita mengutuk-ngutuknya di dalam hati atau mulut, atau menceritakan kesalahan orang itu dengan menyebut namanya? Adakah ia dikira sebagai mengumpat dan berdosa?

Q2. Arwah bapa saya mempunyai koleksi kaset-kaset ceramah agama dan buku-buku agama. Jika saya menggunakannya atau mewakafkannya, adakah arwah bapa saya mendapat pahala jariah hasil dari saya menggunakannya?

Q3. Saya mempunyai beberapa rakan non-muslim. Adakah saya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti jika tidak melakukan sebarang usaha dakwah terhadap mereka? Bagaimana caranya untuk saya berdakwah kepada mereka dalam masa yang sama menjaga hati mereka?

Q4. Bila seseorang bersendirian di dalam bilik, bolehkah dia membaca al-quran dalam keadaan membuka auratnya dan apakah hukumnya?

Q5. Bagaimanakah para sahabat boleh meriwayatkan perihal nabi secara detail hinggakan cara tidur, buang air dan lain-lain lagi yang melibatkan aurat nabi, adakah mereka mengintai nabi? Adakah perkara sebegini dibenarkan?

Q6. Suara wanita bukan aurat, cuma bila dilunakkan suaranya menjadi aurat. Bagaimana pula hukumnya bagi penyanyi-penyanyi wanita kumpulan nasyid yang bernyanyi samada secara solo mahupun beramai-ramai dan qari'ah wanita dalam pertandingan membaca al-quran? Adakah mereka semua berdosa dan adakah amalan mereka (megajak kepada kebaikan dan membaca al-quran) itu beroleh pahala?

Q7. Saya ada mendengar hadith mengenai solat-solat yang tak diterima Allah. Salah satu daripadanya menyebut lebih kurang, wanita yang bersolat tapi mendedahkan aurat. Apakah maksudnya? Adakah wanita yang bersolat dalam keadaan membuka auratnya atau wanita yang menutup aurat ketika solat tapi mendedahkannya ketika di khalayak ramai?

Terima kasih atas huraian yang bakal diberikan.
_________________
ziy@d
Salam

Banyaknye soalan.

Q5: Bagaimanakah para sahabat boleh meriwayatkan perihal nabi secara detail hinggakan cara tidur, buang air dan lain-lain lagi yang melibatkan aurat nabi, adakah mereka mengintai nabi? Adakah perkara sebegini dibenarkan?

Tidak benar bahawa sahabat mengintai nabi, bahkan perbuatan mengintai(mengendap) itu adalah perbuatan yg keji. Yang meriwayatkan perihal Nabi secara detail ialah isteri-isteri Nabi S.A.W. Aishah R.A meriwayatkan lebih 2000 hadith. Sebagai isteri2 nabi, pasti mereka tahu lebih detail kehidupan Nabi dlm hal peribadi. Perlu diingati bahawa Nabi S.A.W adalah satu role model insan yg syumul. Dia seorang lelaki, ayah, datuk, suami, pemimpin negara, pemimpin perang, ayah mertua, menantu, peniaga, sepupu dsb. jadi, tidak semua perkara diketahui oleh para ummul mukminin. dan tidak semua perkara diketahui oleh para sahabat.

Wallahua'lam.
_________________
thtl

Wassalam

:fuhh

Peringatan: Soalan rampai atau 7 dalam 1 ini tidak digalakkan. Ia akan mengambil masa yg panjang dari Panelis kami menjawabnya dan akan menghilangkan peluang orang lain utk dijawab segera.

Q1. Apabila kita geram dengan kemungkaran yang dipaparkan di kaca TV, bolehkah kita mengutuk-ngutuknya di dalam hati atau mulut, atau menceritakan kesalahan orang itu dengan menyebut namanya? Adakah ia dikira sebagai mengumpat dan berdosa?

Jawab:
Perbuatan anda itu dilarang oleh Allah sendiri, dalilnya,” janganlah kamu mencaci/mengutuk sembahan-sembahan yg mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa ilmu. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat memandang baik hasil usaha mereka.” AQ 06:108
Kemungkaran yg berlaku di kaca TV itu adalah kemungkaran yg terancang oleh satu kekuatan yg besar, maka utk merubah kemungkaran ini memerlukan kekuatan dan kemampuan. Jika anda hanya berdiri sebagai individu sahaja, maka memadai hati anda sahaja yg membencinya. Dalilnya, sabda Nabi saw,” jika kamu tidak mampu, maka bencilah dgn hati, itulah selemah-lemah iman.” (Sahih Muslim)
Sebaiknya anda hanya menonton program2 yg ada manfa’atnya sahaja. WA

_________________
thtl

Q2. Arwah bapa saya mempunyai koleksi kaset-kaset ceramah agama dan buku-buku agama. Jika saya menggunakannya atau mewakafkannya, adakah arwah bapa saya mendapat pahala jariah hasil dari saya menggunakannya?

Soalan Dua:
Dalil yg anda maksudkan itu ialah Hadis keluaran Muslim dan ashab Sunan dari Abu Hurayrah ra,” Jika seseorang anak Adam meninggal, maka amal perbuatannya terputus kecuali dari tiga sumber: sedeqah jariah, ilmu yg dimanfa’atkan dan anak soleh yg mendo’akannya.” (Muslim # 1631, Kitab Wasyiya)

Maka kaset2 agama dan kitab2 itu akan terus mengalirkan pahala pada arwah kerana anda menfa’atkan warisannya dan begitu juga do’a dari anda sendiri sebagai anaknya yg soleh.
WA

_________________
Jawab:

Q3. Saya mempunyai beberapa rakan non-muslim. Adakah saya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti jika tidak melakukan sebarang usaha dakwah terhadap mereka? Bagaimana caranya untuk saya berdakwah kepada mereka dalam masa yang sama menjaga hati mereka?

Soalan # 3:

Banyak ijtihad di zaman silam menetapkan tugas dakwah adalah fardhu kifayah (terhapus kewajiban apabila ada segolongan umat melakukannya), dalilnya ialah AQ 3: 104 (Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yg menyeru kepada kebaikan) [lihat Tafsir aRazi:7/177; Tafsir alJasyas:2/29, asySyatibi, alMuwafaqat:1/176). Maka jika sekiranya anda tidak ada ilmu dan kemampuan, maka anda tidak dipertanggungjawabkan. Dalilnya,” Allah tidak membebankan seseorang sesuai dgn kemampuannya) AQ 2:286
Namun langkah pertama ialah anda berdakwah dgn akhlak. Fiqh Da’awah pula adalah suatu bidang ilmu yg perlu dipelajari. Jama’ah-jama’ah Islam dan badan2 dakwah biasanya menerapkan ilmu dakwah dalam usrah-usrah dan halaqat2 ilmu. Antara badan2 yg khusus dalam dakwah pada non-Muslim ialah ABIM-Outreach dan Perkim. WA
_________________

Q4. Bila seseorang bersendirian di dalam bilik, bolehkah dia membaca al-quran dalam keadaan membuka auratnya dan apakah hukumnya?

Jawaban (Soalan #4):

Makruh hukumnya. Dalil: HR Ahmad, Nabi ditanya, “apakah ada aurat bagi yg berkhalwah (sendirian dalam bilik)?” sabda baginda,” Allah lebih berhak dimalui drpd manusia.” (Jami’usSagheer: 1/10) Imam Ibn Hajar (Fathul Bari: 1/317) menetapkan tidak boleh membuka aurat kecuali utk diri sendiri dan isteri sahaja.” Manakala dengan AQ, sudah tentu ada adab-adab lahir dan batin. Salah satu adab lahir dgn KitabuLLah ialah menutup aurat sebelum membacanya. Bagi wanita ialah pakaian yg lazim (biasa) dalam rumah yakni tanpa menutup kepala. WA

_________________

Q5. Bagaimanakah para sahabat boleh meriwayatkan perihal nabi secara detail hinggakan cara tidur, buang air dan lain-lain lagi yang melibatkan aurat nabi, adakah mereka mengintai nabi? Adakah perkara sebegini dibenarkan?

Jawab (#5):

(Tambahan kpd jawapan Ust Z (JKK))
Ini menunjukkan keakraban para sahabat-sahabat utama dgn baginda. Para ilmuan Hadis mencatat hadis2 personal ini (yg dikutip dari para sahabat dan ahlil bayt baginda) dan ada yg menyusun kitab2 spt alHakim Abu Isa atTermidhdhi, Syamail Muhammadiah yg menceritakan keperibadian RasuluLlah secara Up, close and Personal (sebuah bibliografi yg amat detail), juga kitab asySyifa’ oleh Qadhi Iyadh. Kitab yg terkini ditulis oleh Syaykh Jamil Zeenu dari KSA, Qutufun min syamail Muhammadiah. WA

_________________

Q6. Suara wanita bukan aurat, cuma bila dilunakkan suaranya menjadi aurat. Bagaimana pula hukumnya bagi penyanyi-penyanyi wanita kumpulan nasyid yang bernyanyi samada secara solo mahupun beramai-ramai dan qari'ah wanita dalam pertandingan membaca al-quran? Adakah mereka semua berdosa dan adakah amalan mereka (megajak kepada kebaikan dan membaca al-quran) itu beroleh pahala?

Jawab (#6):

6.1 Perihal Nasyid. Ia dibahaskan sejak era Imam asySyafi’iy ra yg melihat fenomena nasyid ini di Baghdad (Kufah) oleh tariqat sufiah dan beliau mencelanya. Ia dinamakan Taghbir. Syaikhul Islam Abu Abbas Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa:2/587-600) juga melihatnya sebagai bid’ah. AlHafeedz Ibn Qayyim (Ighatsah alLahafan) lebih keras dari gurunya dan mencela Nasyid ini. Manhaj Salafiah dari Arab Saudi juga membid’ahkan Nasyied Islami ini.

Mazhab Syafi’iy dari aliran alImam alGhazali (Ihya’, Kitab asSima’ Jld 2) mengharuskan Nasyeed jika ia memuji2 kebesaran Ilahi dan mendorong kepada kebaikan dan taqwa, tapi tidak boleh jika melibatkan wanita.

Prof Dr alImam Abu Abdallah Yusof alQardhawi melalui empat kitabnya: Fiqh alGhina’ wa alMusiqi, Fatawa Mu’asirat, Halal & Haram fil Islam, Malameh alMujtama’ alMuslim allazi Nansyuduhu mengupas isu nyanyian, musik, alat musik, seni dan nasyied dengan mendalam sekali. Tidak ada mana-mana fuqaha’ hari ini yg telah mentarjeeh dan mentahqeeq topik ini semacam Dr alQardhawi telah lakukan. Rumusan dari hasil analitis beliau yg mendalam mendapati seni nyanyian dan musik ini sudah kami simpulkan sebelum ini (sila lihat archive)

Adapun penglibatan wanita dalam seni Nasyid, jumhur ulama’ sejak dulukala menegahnya, manakala Dr Qardhawi melihat jika tidak ada unsur fitnah, maka dibolehkan, di tambah tidak berlebihan dan pada suasana yg menasabah.
Menjawab soalan anda: dosa dan pahala terhadap wanita dalam bidang Nasyid ini diserahkan pada niat2 mereka, apakah mereka menyumbang kepada kebaikan dan memenuhi syarat2 yg digariskan.

6.2 Musabaqah alQur:an ini adalah bid’ah. Tidak ada contoh dari generasi salaf mengenai mengadakan pertandingan tilawah ini. Maka amalan dalam urusan bid’ah adalah tertolak. WA
_________________

Q7. Saya ada mendengar hadith mengenai solat-solat yang tak diterima Allah. Salah satu daripadanya menyebut lebih kurang, wanita yang bersolat tapi mendedahkan aurat. Apakah maksudnya? Adakah wanita yang bersolat dalam keadaan membuka auratnya atau wanita yang menutup aurat ketika solat tapi mendedahkannya ketika di khalayak ramai?

Jawab (#7/Akhir):

Kami melihat kedua-duanya menyebabkan solat itu tidak bermutu dan bernilai di sisi Allah. Jika mendedahkan aurat semasa solat, solat menjadi batal kerana menutup aurat adalah syarat sah solat (HR Abu Daud dan atTermidzi dari Aisyah ra,” Allah tidak menerima solat dari wanita yg sampai umur melainkan dgn memakai khimar (tudung kepala)). Jika selepas solat mendedahkan aurat, ia adalah perbuatan fasiq dan solatnya tidak mencegah dirinya dari melakukan kefasikan, adalah solat yg tidak bernilai di sisi Allah. (Firman Allah,” sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar) AQ 29:45 (WA)

0 comments:

Post a Comment