Jan 30, 2009

Menciplak karya orang lain

Ana ada sedikit kemusykilan...

kalau kita masuk sesuatu pertandingan...kita gunakan karya orang lain...spt. puisi, dsb...dan kalau kita menang...dapt spt wang dsb...adakah itu adalah haram?

WA

*****************
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab persoalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam Islam, HakCipta atau Copyright juga dilindungi didalam syariah. Didalam Persidangan Majlis Fiqh Islamiyah yang berlangsung di Kuwait, pada 10-15 Disember 1988 telah dipersetujui beberapa ketetapan mengenai hakcipta, dan diantaranya ialah:

a. Nama perdagangan, nama syarikat, tanda perdagangan, penulisan dan rekaan adalah semua hakcipta dibawah nama pemilik atau penulisnya, dimana pada amalan moden ia telah menerima nilai kewangan. Hak ini diakui oleh Shariah dan tidaklah dibenarkan untuk menceroboh terhadapnya. Hakcipta pengarang dan pencipta dilindungi oleh Islam.

b. Pemilik hak ini mempunyai hak untuk melucutkan haknya dan tidak ada sesiapapun boleh mengambil tindakan keatas mereka.
Walaubagaimana pun menurut Fatwa Lajnah Daa'imah Saudi (13/187):

لا مانع من تسجيل الأشرطة النافعة وبيعها ، وتصوير الكتب وبيعها ، لما في ذلك من الإعانة على نشر العلم إلا إذا كان أصحابها يمنعون من ذلك فلا بد من إذنهم .

"Tidaklah menjadi satu kesalahan merakam dan menjual pita yang berguna, atau menyalin and menjual buku-buku, kerana ini dapat mengembangkan ilmu/pengetahuan, melainkan pengarang-pengarang ini mengatakan ia tidak membenarkan, dimana didalam hal ini ia tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran mereka."

Menurut Sheikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimiin mengatakan bahawa kelonggaran yang diberikan hanya jika pengguna itu ingin menggunakannya secara pribadi atau pun pengarang tersebut tidak menghadkan ia dari di salin untuk digunakan secara priabdi atau umum[2]

Jika dia mendapat kebenaran menggunakan karya mereka atau menggunakan secara pribadi dan bukan untuk tujuan pertandingan, maka tidaklah dikatakan berdosa menggunakannya. Tetapi jika berlakunya penciplakan atau penyalinan keatas karya tanpa keizinan pengarang atau penciptanya, maka ini adalah merupa satu kesalahan yang besar. Maka apa-apa hasil yang diperolehi dari pekerjaan diatas adalah haram hukumnya. Kita diperingatkan oleh sebuah Hadith :

{{كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به}}

"Setiap daging yang tumbuh dari perkara haram maka lebih aula (terdahulu) api neraka baginya"

Wallahu' alam

-wassalam

---------------
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 13. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 20001. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 13/187

2 Sheikh Muhammad bin Salih Al-'Uthaimeen. Hakcipta perisian komputer. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=454&dgn=3&dgn=2

0 comments:

Post a Comment