Feb 8, 2009

Zakat Biasiswa

perlukah seorang pelajar yg mendapat biasiswa yg (agak) byk membayar zakat harta kerana ada kemungkinan duit biasiswanya menjadi simpanan yg melebihi usia setahun. dan bagaimana zakat fitrah, ramadhan dah hampir setengah dah nih...

sekian, minta penjelasan.

***********************
thtl

al-Jawab:

1. Zakat pendapatan pelajar. Sudah tentu jika biasiswanya lumayan dan melebihi keperluannya, maka hisablah bila cukup setahun dgn menolak kos perbelanjaan sara hidupnya dan jika masih berbaki dan melebihi nisab, maka zakat hendaklah dikeluarkan. Nisab zakat pendapat ialah mempunyai wang minimum melebihi nilai 85gm emas atau (20 mistqal emas) (alQardhawi, Fiqh Zakat 1/513-514)

2. Zakat fitrah afdhal dikeluarkan 4-5 hari sebelum raya dan menurut madzhab Syafi'iy boleh dikeluarkan bila-bila masa mulai 1 Ramadhan kepada amil menurut kadar tempatan yang diumumkan oleh penguasa negeri menurut harga semasa 3kg beras (satu gantang).

sekian

0 comments:

Post a Comment