Feb 5, 2009

Simpanan Al Wadiah

assalamualaikum...

apakah maksud simpanan al-wadiah itu?adakah ianya termasuk riba atau sebaliknya?dalam bicara islam yg lepas saya pernah mngikutinya mngenai tajuk riva.profesor dr.osman dari fakulti usuluddin dan falsafah mngatakan dan mmilih pendapat yg mngatakn fardah bank itu bukan riba.adakah faedah bank itu mrupakn isu khilafiah?beliau mngikut pendapat muhammad abduh,dan 25 org syeikh al-azhar.antara sebabnya iadikatakan bukan riba ialah bank negara bukannya dwujudkan utk mnendas rakyat tetapi m,mberi kmudahan kpd rakyat..
sekian minta pandangan ust2 yg lebih arif..

*********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan sdr hakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Simpanan al-wadiah merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan dibawah perlaksanaan Perbankan Islam dibawah peruntukan Akta Bank Islam 1983. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank2 seperti Bank Islam, Bank Kerjasama rakyat, Bank Muamalat dan RHB Islamic Bank.

Perbincangan mengenai service yang diberikan oleh bank konvensional dan bank Islam boleh kita lihat didalam beberapa perbincangan di al-ahkam. Diantaranya :-

SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28998

Mengenai pandangan yang mengatakan bahawa faedah2 dari skim konvensional bukanlah riba merupakan pandangan yang mendapat banyak bantahan dari kalangan ulama2. Berikut kami paparkan adalah kenyataan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam akhbar menjawab ulama2 yang mengatakan bahawa faedah bank bukan riba :-

ألقى القرضاوي كلمة أثناء جلسة نظمها البنك الدولي الإسلامي في الدوحة حضرها عدد من رحال الدين وأعضاء مجلس الإدارة وموظفون وشخصيات أخرى، بدأ القرضاوي كلمته بالتأكيد على أن فوائد البنوك حرام وقال ما سمعتم من كلام عن الفوائد قد قمنا بالرد عليه من قبل ورأي فضيلة الإمام الأكبر د. محمد سيد طنطاوي مستغرب وفي تأييده مجلس البحوث الإسلامية لهذا القرار علما بأنه أول مجمع يقرر بصراحة بأن قوائد البنوك هي الربا الحرام، مشيرا إلى أن ذلك كان في سنة 1965م برئاسة الشيخ حسن مأمون شيخ الأزهر حينها وعضوية المشايخ الكبار أمثال علي الخفيف وفرج السنهوري ومحمد أبو زهرة وغيرهم من العلماء الكبار، كما أن الأمر لم يقف عند هذا الحد فقد أكدت هذا الأمر المجامع الفقهية الإسلامية التي نشأت بعد تلك الفترة مثل المجمع الفقهي لرابطة العالم الإسلامية التي نشأت بعد تلك الفترة مثل المجمع الفقهي الدولي المنبثق عن المؤتمر الإسلامي والذي يمثل الأمة الإسلامية وغيرها من المؤتمرات التي أجمعت على أن الفائدة هي الربا الحرام، وأكد القرضاوي بأنه سيتم الرد على هذه الحملة وعلى علماء الأزهر مشيرا إلى أن مجمع البحوث الإسلامية أصبح اليوم خاليا من العلماء الكبار وسيطر عليه الإساتذه وأساتذة التاريخ والتربية وغاب عنه الفقهاء الذين إذا كانوا لا يزالون في المجمع فإنهم ربما غابوا عن الجلسة الأخيرة. ودعا البنوك الإسلامية إلى تصحيح مسيرتها والرخوج من سجن المرابحات وتطوير أدائها لتعبر بشكل أوضح عن الرؤى الإسلامية في إدارة الأموال، مؤكدا على أن الفوائد المحددة سلفا ربا محرم إذ أن الربا هو زيادة غير مشروعة على رأس المال وبالاتلي هو حرام متسائلا عن الذي جد وتغير حتى يستصدر مجمع البنوك الإسلامية قرارا يحل فيه فوائد البنوك الربوية.
"Al-Qardhawi telah membentangkan ucapannya didalam sessi Sistem Bank Islam Antarabangsa di Doha yang dihadiri oleh wakil-wakil hal-ehwal agama, pentadbir-pentadbir majlis, pekerja-pekerja dan beberapa personaliti. Al-Qardhawi memulakan dengan mengesahkan bahawa faedah bank adalah haram dan berkata apa yang mereka dengari dari percakapan sebelum ini mengenai pandangan Sheikh Al-Azhar, Mohammad Syed Tantawi adalah tertolak dan ini telah disokong oleh keputusan Majlis Penyelidikan Islam yang awal dimana mereka mengambil keputusan bahawa faedah bank adalah riba yang diharamkan.

Telah dinyatakan pada tahun 1965 dibawah Sheikh Hassan Ma'mun, Sheikh Al-Azhar pada masa itu, dan anggota-anggotanya yang terdiri dari Sheikh-Shiekh Kabir seperti Shiekh Ali Al-Khafif, Shiekh Faraj Al-Sanhouri, Sheikh Mohammad Abu Zahra dan ulama-ulama besar yang lain. Perkara itu tidak berhenti setakat ini dimana telah disahkan oleh Majlis Fikh Islamiyyah yang timbul pada waktu tersebut seperti Majlis Fikh kepada Rabitah Al-Alam Al-Islami yang mewakili negara-negara Islam dan negara-negara yang menyertai muktamar tersebut telah sebulat suara bersetuju bahawa faedah bank adalah haram.

Al-Qardhawi mengesahkan bahawa ini adalah kempen jawapan terhadap ulama' Al-Azhar dengan menunjukkan bahawa Institut Penyelidikan Islam hari ini telah menyimpang dari ulama'-ulama' besar dan kawalannya, dari aspek sejarah dan tarbiyyah yang telah hilang darinya ulama'-ulama'. Mereka [ulama'-ulama'] yang jika masih berada didalam akademi tersebut kemungkinan tidak menghadiri sessi tersebut. Beliau menyeru kepada bank-bank Islam agar memperbetulkan rangka kerja dari Penjara Riba dan pembangunan prestasi agar ia bersih dari pandangan Islam didalam aspek Pengurusan Kewangan. Beliau mengesahkan bahawa faedah yang pasti (definite) akan membawa kepada riba yang diharamkan, kerana Riba ialah penambahan kepada pokok wang yang tidak halal, dan ia adalah haram secara keseluruhan (blanket), sehinggalah bank-bank Islam mengeluarkan keputusan yang komplex menghalalkan faedah bank-bank riba. " [Al-Watan, QATAR, 11 November 2002]

sumber : http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=2761&version=1&template_id=130&parent_id=17
==========

Berikut adalah beberapa fatwa dari Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai Faedah/Bunga bank :-

Fatwa Bunga Bank 1: Yusof al-Qardhawi
URL : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=9016

Fatwa Faedah Bank dan Riba Jahiliyyah 2 - Dr Yusuf Al-Qardhawi
URL : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=9062

wassalam

1 comments:

Anonymous said...

very good explaination.congrat.

Post a Comment