Jan 29, 2009

Pembelian rumah secara BBA

Assalamualaikum..

Saya bercadang utk membeli rumah second-hand di Shah Alam berharga RM240 ribu kerana merasakan situasi di situ agak sesuai utk kami sekeluarga.
Soalan saya.. kebanyakan bank2 konvensional sekarang ini juga menawarkan skim pembelian rumah secara BBA dan jika diperhatikan jumlah total harga rumah mereka jauh lebih rendah dibandingkan dgn apa yg ditawarkan oleh Bank Islam atau Bank Muamalat. Jadi manakah yg lebih baik.. sama ada saya mengambil Bank Islam/Muamalat yg jauh lebih mahal dari skim BBA bank biasa. Saya agak mushkil utk ambil yg bank biasa punya sebab merasakan jika ambil BBA bank biasa seolah-olah membantu bank itu juga yg masih ada operasi ribanya. Apa pendapat Ustaz?

Jazakallahu khairan kathira.

***************************
thtl

Di antara sifat syari'at Allah ialah tadarruj (bertahap) dalam pelaksanaanya supaya ia berkembang selaras dengan kemampuan masyarakat baik dari segi penerimaan dan pemahamannya (Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, bab Muqaddimah)

Malaysia walaupun sudah melancarkan akta perbankan syari'ah dgn tertubuhnya Bank Islam, tapi Bank Markazi atau Bank Induk atau Pusat (Bank Negara) masih beroperasi secara konvensional, begitu juga KWSP (EPF).

Selepas akta Bank Islam, Bank-bank konvensional juga diluluskan oleh Bank Negara mengujudkan anak syarikat yg beroperasi secara syari'ah yg dulu dikenali dgn SPTF. Selepas itu Bank kerjasama Rakyat dan kemudian Bank Mu'amalat (dari kumpulan gabungan Bumiputra Bank dan Commerce Asset) adalah perbankan syari'ah sepenuhnya. Manakala bank2 konvensional yg lain mengekalkan cawangan/branch Perbankan syari'ah mereka dan juga menawarkan produk2 kewangan untuk bersaing dgn perbankan Islam mutlak spt Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Mu'amalat.

Isu seterusnya: semua perbankan syari'ah di Malaysia adalah ditubuhkan di atas dasar syarikat korporat yg bertujuan memaksimakan keuntungan atau memberi pulangan maksima kepada pelaburnya. Ia ditubuhkan di atas dasar Islam tapi ruhnya ialah kapitalis (memaksimakan keuntungan atau memberi pulangan bermakna kepada stakeholders (pemegang kepentingan), maka setakat ini Bank Islam yg ditubuhkan atas dasar kebajikan (non-profit organization) tidak ada (mungkin tidak dibenarkan untuk ditubuhkan)

Maka memang terdapat keluhan masyarakat tentang kadar keuntungan perbankan Islam yg agak tinggi atau kempetitif berbanding dgn perbankan biasa. Maka jawapannya: perbankan Islam adalah perbankan korporat dan mereka mempunyai motif yg sama dgn perbankan biasa: memaksimakan keuntungan. Tapi spt kata Dr Qardhawi, perjalanan pelaksanaan syari'ah itu mesti bertahap (gradual).

Adapun menjawab kebimbangan anda bahawa jika anda mengambil pakej pembiayaan dari skim syari'ah yg ditawarkan oleh perbankan konvensional akan mengukuhkan perbankan konvensional. Kita berpendapat: Tidak. Sebab. Prosedur bank Negara menetapkan dana dan pengurusan skim syari'ah itu berasingan dari bank Induk, maksudnya dana bank itu diasingkan bukan bercampur dgn dana induk. Namun anda kena bijak memilih bank tersebut, sekurang-kurangnya pilihlah skim syari'ah dari perbankan dalam negeri dan bukannya bank yg ditubuhkan di seberang laut atau Singapore. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment