Jan 29, 2009

Emas Putih Bagi Lelaki

salam
Berikut adalah pertanyaan dari seorang kenalan saya tentang pemakaian "white gold" untuk orang lelaki:
--------
Ada website yang mengatakan pemakaian ""white gol" dibolehkan dan ada yang kata tidak dibolehkan untuk orang lelaki.
Site kate boleh:

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=bhVZSx

http://www.convertstoislam.com/Clothing/clothing.html

Site kate tak boleh:

http://www.muslimindia.com/p_gold.htm

http://islamicity.com/dialogue/Q600.HTM

http://www.ourdialogue.com/w1.htm

-------------
Jadi diharap para moderator boleh menjawab apakah sebenarnya hukum pemakaian "white gold" oleh orang lelaki.
wassalam2

_________________
thtl

Jawab:

Jika ada dua pendapat yg saling bertentangan, ia memerlukan tarjihan. Golongan yg membolehkan, menggunapakai Qawaid (kaedah feqh) yg masyhur, apa yg tidak disebut oleh syara' adalah termasuk dlm daerah kema'afan, maka platinum atau white gold adalah kema'afan dari syara' spt batu2 permata untuk lelaki. ia didiamkan oleh nas, maka mencari hukum ke atasnya adalah urusan yg tidak perlu.

Golongan yg mengharamkan pula menggunakan kaedah Qiyas jika metal itu namanya emas, maka emas kuning dan putih itu sama sahaja hukumnya.

Pendapat yg paling rajih (lebih benar dari yg benar): ialah pendapat yg mengharuskan. Pendapat ini disahihkan oleh mujtahid abad ini spt Dr Qardhawi (Halal wal haram), Atiyah Saqr (Ahsanul Kalam), Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Dr Zaydan (alMufassal). Fatwa Islam Online yg anda petik itu adalah fatwa yg datang dari pasukan ulama' kontemporari hari ini. Kami memilih fatwa Islam Online dalam banyak hal. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment