Feb 2, 2009

Takaful vs Konvensional

assalamu'alay-kum..

ana kurang jelas perbezaan antara kedua² sistem tu.. bgmana ISLAM melihat sistem kedua sistem ini... dan yg pasti.. ana juga ingin tahu... sejauh HUKUM nya sekali...

WA

*************
ziy@d

Salam

Saya hanya cuma akan memberi perbezaan yg ringkas sahaja.

Prinsip takaful diasaskan berdasarkan prinsip al-`aqilah yg diamalkan oleh kabilah2 arab. Adalah menjadi kebiasaan bangsa arab sekiranya ahli keluarga kabilah terbunuh oleh dek kabilah lain, pewarisnya akan diberi bayaran sbg pampas an oleh ahli keluarga pembunuh terdekat. Ahli keluarga terdekat pembunuh itu dinamakan Aqilah, dimana mereka diwajibkan membayar wang diyat mewakili pembunuh. Ini disebut dlm sahih bukhari mengenai 2 orang wanita dari kabilahh Huzail:


‏ ‏حدثنا ‏ ‏أحمد بن صالح ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يونس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏عن ‏ ‏ابن المسيب ‏ ‏وأبي سلمة بن عبد الرحمن ‏ ‏أن ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏

‏اقتتلت امرأتان من ‏‏ هذيل ‏ ‏فرمت إحداهما الأخرى بحجر فقتلتها وما في بطنها فاختصموا إلى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقضى أن ‏ ‏دية ‏ ‏جنينها ‏ ‏غرة ‏ ‏عبد أو وليدة وقضى أن دية المرأة على ‏ ‏عاقلتها ‏

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata, “suatu ketika 2 orang wanita dari Kabilah Huzail telah bersengketa di mana salah seorang mereka telah memukul satu pihak dgn batu yg telah menyebabkan kematian kpdnya dan janin di dlm perut. Pewaris telah membawa perkara ini kpd Rasulullah S.A.W utk diadili dan rasulullah S.A.W memberikan hukuman bahawa pampasan utk kematian janin itu ialah membebaskan hamba lelaki atau perempuan, manakala utk pampasan utk wanita yg terbunuh itu ialah membayar diyat, yg mana ia perlu dibayar oleh pihak `aqilah tertuduh.”

Pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, beliau telah memerintah diwan al-mujahidin ditubuhkan di pelusuk daerah yg mana mereka yg menceburi bidang jihad nama mereka dicatat dan mereka dikehendaki memberi kerjasama utk menyumbang wang diyat bagi pertumpahan darah yg dilakukan oleh seseorang daripada kabilah mereka.

Begitulah asal usul takaful. Manakala sejarah insurance pula bermula pada zaman Babylon lagi yakni tahun 3,000 sebelum masihi. Ia termaktub dlm kod Hammurabi. Ia dikenali sbg Contract of Bottomdry. Asas2 contract ini ialah wang atau barangan didahulukan kpd peniaga utk tujuan perniagaan.

Di Malaysia, insurance tertakhluk kpd Akta Insurans 1996 (akta sebelumnya pada 1963) yg dikawalselia oleh Bank Negara. Manakala takaful tertakhluk kpd Akta Takaful 1984.

Perbezaan takaful dan insurance

1. subject matter dlm takaful tertakhluk kpd prinsip syariah. Ttp did lm insurance ia tertakhluk kpd undang2 sivil, i.e: peruntukan perlembagaan
2. Penama dlm takaful hanya sbg pemegang amanah bukannya hak mutlak. Ttp dlm insurance penama hak mutlak utk menerima manfaat daripada policy.
3. Penerima manfaat dlm takaful berhak membuat tuntutan berdasarkan prinsip al-mudharabah. Penerima manfaat berhal membuat tuntutan amaun sepenuhnya yg disebut dlm policy.
4. Kes bunuh diri atau kematian akibat jenayah tidaklah menjadi asas kpd operator takaful utk menolak tuntutan. Ttp dlm insurance, bunuh diri membatalkan sebarang tuntutan oleh penerima manfaat.

Cukup sekadar perbezaan yg ringkas ini. Sungguhpun begitu, banyak lagi perbezaan2 lain.

0 comments:

Post a Comment