Jan 30, 2009

Syubahat dgn arak

Assalamualaikum
Saya kini sedang menuntut di Jepun dan mempunyai seorg keluarga angkat di sini. Masalahnye ialah ketika bersama2 makan mlm dgn keluarga angkat kadangkala ayah angkat minta saya tolong ambilkan tin arak dlm peti ais. Adakah ini juga dikatakan sbg bersubahat dgn arak?

Berkaitan dengan alkohol Nabi saw melaknat sepuluh golongan manusia dengan sabdanya:
"Sesungguhnya, Allah telah melaknat khamar (minuman beralkohol) dan telah melaknat orang yang mengeluarkannya, orang yang untuknya ia dikeluarkan, orang yang meminumnya, orang yang menyajikannya, orang yang mambawanya, orang yang untuknya ia dibawa, orang yang menjualnya, orang yang memperoleh hasil jualannya, orang yang membelinya, dan orang yang baginya ia dibeli." (Riwayat At-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Kalau ya,bagaimanakah cara nye utk berhikmah dlm perkara ini?


*********************
thtl

Wassalam

Jawab:

Soalan ini mirip dua soalan dalam Koleksi Fatawa terbaru Prof Dr al_Imam Yusof alQaradawi (Fatawa Mu'asirat, Jld 3, edisi 2001)

Soalan 1 kiriman Muslim yg bermastautin di Japan dan bekerja di salah sebuah syarikat Jepun. Masalah yg beliau hadapi ialah terpaksa hadir dalam majlis2 syarikat Jepun dan rakan2 Jepun yg mana mereka secara biasanya menghidangkan arak.
Soalan 2 datangnya dari Muslim yg sudah menetap di Jepun dan masalahnya dia sering berinteraksi dgn masyarakat Jepun yang rata2 amat gemarkan arak, segenap lapisan masyarakat jepun amat gemar meminum arak ini.

Pengirim itu mengemukakan hadis Imam atTermidhi (2801), adDarimi (2098) dan Imam Ahmad (3/339)," B_siapa yg beriman dgn Allah dan Hari Akhir, janganlah ia duduk pada hidangan yg diedarkan padanya khamar (arak)." (Termidzi: hasan gharib)
............Inilah Jawapan Qardhawi (diedit utk alAhkam)

Perkara2 yg diharamkan Allah dibahagi kepada beberapa jenis:

a. Haram yg mutlak tanpa kompromi walaupun dharurat.
Cth: mengahwini ibu sendiri, nenek, atau anak2 perempuan (AQ 4:23)

b. Haram tapi diharuskan bila berlaku dharurat
Cth: bangkai, darah, babi.. (AQ 2:173)

c. Haram tapi diharuskan sa'at munculnya keperluan dan maslahat. Ini ditujukan terhadap perkara2 yg diharamkan bukan kerana zatnya tapi kerana ia membawa kepada matlamat akhir yg diharamkan itu.

Cth a: Zina itu Haram. Apa jua yg menjurus kepada zina itu adalah haram: berdua-duaan, menonton VCD lucah, melihat aurat perempuan
Maka dalam kes di atas: Zina itulah Haram yg berat, perkara2 yg menjurus kpd haram itu dinamakan haram yg ringan

b. Arak itu haram meminumnya.
Apa yg menjurus kepada hukum minum arak ini adalah muharramat yg ringan: yg membawa arak, yg menghidangkan, menjual, duduk bersama peminum arak. Tujuan diharamkan perkara2 ini supaya jalan ke arah meminum arak itu tertutup.

c. Berada dalam negara musyrikin juga tertegah kerana menghindari dari jatuh dalam yg haram, kesyirikan dan riddah

Bagi kes b. Berada dalam masyarakat Non-muslim yg budayanya meminum khamar, jika muslim berada dalam situasi itu terpaksa duduk dgn peminum arak dan kekadang terpaksa membawa arak kepada mereka. Hukum asalnya haram dan menjadi kewajipan muslim menjelaskan budayanya kepada mereka. Jika itu sukar dilakukan dan JIKA ada keperluan utk kita berada dalam majlis begitu atau tujuan kita berada dalam majlis itu kerana ada maslahat, atau menghindari mudharat dan ada strategi jangkapanjang, maka ia dibolehkan.

Kes c. Menetap bersama orang musyrikin sebagai anak angkat mereka itu asalnya tertegah. Tapi harus jika ada maslahat atau seseorang itu dipaksa.

Kesemua ini tertakluk pada ayat:
"Tetapi b/siapa yg dalam keadaan terpaksa sedang ia tidak rela dan tidak melampaui batas, maka tida ada dosa baginya." AQ 2:173
"Allah menginginkan dengan kemudahan dan tidak menginginkan bagimu kesusahan" (AQ2:185). WA

0 comments:

Post a Comment