Feb 2, 2009

Jual beli saham

Assalamualaikum.

Syarikat saya ada menawarkan saham syarikat pada harga yang rendah. Buat masa ini harga saham syarikat saya telah naik dan saya bercadang untuk membeli dan menjualnya kembali untuk mendapat keuntungan. Ada beberapa cara untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membeli saham tersebut. Salah satu caranya adalah dengan pinjaman jangka pendek dimana syarikat kredit akan membeli saham bagi pihak saya dan menunggu arahan dari saya untuk menjualnya. Sekiranya saya tidak memberi apa-apa arahan dalam tempoh yang ditetapkan (3 - 6 bulan), syarikat kredit akan menjual kembali saham yang dibeli dan sekiranya ada keuntungan akan diberikan pada saya. Tetapi sekiranya ada kerugian, saya terpaksa membayar kerugian tersebut.
Apakah hukum jual beli saham dengan cara ini dari sudut Islam?

***************
thtl

Wsm

Jawab

Saya membuat tekaan, bahawa saham yg dimaksudkan itu ialah ESOS (skim saham opsyen pekerja). Opsyen ini hendaklah diambil samada ditebus dan disimpan utk mendapat dividen atau dijual dan mendapat keuntungan segera jika pasaran saham berada pada tahap 'bullish'.

Cara yg paling selamat ialah menggunakan dana sendiri atau savings utk membuat urusan menebus saham. Ia paling selamat kerana jika apa-apa berlaku pada harga semasa, maka anda tidak akan terdedah pada risiko kerugian berbanding dgn membuat pembiayaan melalui syarikat2 kewangan.

Jika anda tidak ada savings, maka boleh menggunakan pembiayaan jangkapendek dgn menggunakan pembiayaan dari perbankan Islam: bank Islam Malaysia bhd dan perbankan SPTF Maybank. Kedua-dua bank ini menggunakan Bai' alInaah.

Untuk mengelakkan risiko kerugian dari skim ESOS. Anda hendaklah mengikuti perkembangan pasaran saham dan mendapatkan nasihat dari rakan2 di tempat kerja anda. Selalunya proses menebus saham dari majikan dan kemasukan saham ke CDS akaun memakan masa sebulan.
sekian

sekian

0 comments:

Post a Comment