Jan 30, 2009

Zakat Pendapatan

Salam

saya ingin tahu ustaz, dan moderator kalu kita ingin membuat
pembayaran zakat adakah kita perlu menolak jugak dari perngiraan kita
itu hutang² yang perlu dijelas setiap bulan seperti hutang pinjamam
belajar dan hutang membuat pinjaman membeli tanah yang dibayar secara
ansuran.

maaf dengan kedaifan ilmu saya ini..
Assalamualaikum...

***************
MicroScript
Salam

Menurut Prof.Dr.Yusof Al-Qardhawi dan Dr.Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Al-Mal Al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan
Zakat Gaji dan Pendapatan termasukalah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli professional.

Terdapat DUA kaedah dalam mengira zakat pendapatan iaitu:

1) Zakat Pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan dalam setahun.
Kadar zakat sebanyak 2.5%.
Pendapatan tersebut mestilah bersamaan atau lebih nisab.

Contoh :
Jumlah pendapatan kasar setahun = RM30,000
Zakat atas pendapatan (melebihi nisab) = RM 750
(Nisab=3000*2.5%)

2) Mengira atas pendapatan bersih.
Jumlah pendapatan kasar setahun ditolak perbelanjaan DIBENARKAN setahun.
Sekirannya baki bersamaan atau melebihi nisab,zakat 2.5% dikira atas baki tersebut.

Contoh:
Pendapatan Kasar= RM30,000
Perbelajaan dibenarkan
1.Diri= RM 8,000
2.Isteri= RM 3,000
3.Anak (RM800*6)= RM 4,800
4.Ibubapa (RM100*12)= RM 1,200
5.KWSP/LTAT (11%)= RM 3,300
6.Caruman ke organisasi yng membayar zakat= RM 500
(Tabung Haji,MOCCIS,Takaful)
Jumlah Tolakan= RM20,000

CUKAI YANG LAYAK= RM 9,200
ZAKAT(lebih dari nisab=3000) (9,200*2.5%)= RM 230

SUMBER PPZ (MAIWP): www.zakat.com.my:Pertanyaan Lanjut=03-2694 9888 (Masjid Negara)

Wassalam

************
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Terima kasih sdr MicroScript kerana menjawab soalan diatas..

wassalam

0 comments:

Post a Comment