Jan 31, 2009

Masalah jual beli

Salam

saya ada sedikit ketidakfahaman dalam konsep akad jual beli. Dalam satu kuliah di sebuah masjid, Ustaz tu cakap once akad 'saya jual dan saya beli' sudah dilafazkan maka jual beli itu sudah dikira sah, maksudnya kita sudah berpuas hati dgn barang yg kita ingin beli dan barang itu sepatutnya tidak boleh dikembalikan. Dia bagi contoh dlm pembelian kitab2, setiap kitab tu kita kena periksa la setiap satu. kalo kita tak periksa, dan katakanlah ada sedikit kecacatan maka kita tak boleh mengembalikan brg tersebut kerana akad telah dilakukan. Masalahnya, bagaimanakah kedudukan warranty card yg menjadi trend pada masa kini, adakah ini tidak melanggar syarat akad itu tadi?

*********************

Wassalam

Jawab:

Jualbeli itu dianggap sah bila berlaku transaksi (pertukaran barangan/perkhidmatan) dgn wang dan ada bukti berlakunya transaksi tsb dan sekarang ialah dgn resit (proof of purchase).

Utk membatalkan transaksi ini ia dinamakan khiyar (pihak yg aqid (berjualbeli) ada hak utk meneruskan akad atau membubarkan jika ada persyaratan demikian." Wahbah Zuhaili, Juz IV/250

Di zaman silam (salaf), ada grace period khiyar selama 3 hari dari tarikh akad/jualbeli. HR Abdu Razaq, dari Anas, " khiyar itu tiga hari" Di zaman silam, jika ada cacat pada barangan, masih boleh dipulangkan dalam tempoh tiga hari.
Maka jika ada warranty period spt 1 tahun yg ditawarkan oleh barangan elektronik, dua tahun atau 20,000KM bagi kereta, maka itu sudah tentu memberi banyak kebaikan pada pembeli. Ia amat dialu-alukan jika penjual mampu memberi warranty period.
Warranty period itu termasuk ihsan (excellencecy) yg dipuji oleh syara'. WA

0 comments:

Post a Comment