Feb 8, 2009

Lupa Bayar Fitrah

a'kum ustaz, ada sahabat sy nie, die ckp terlupa nk bayar fitrah raya tahun ni...

- bleh bayar lagi ker
- niat camna
- penjelasan hukum...

***********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr stutroop dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Tempoh tamat menunaikan zakat al-Fitr adalah semasa solat Eid dilaksanakan. Nabi memerintahkan agar seseorang itu menyempurnakan zakat al-Fitr sebelum Solat Eid, sebagaimana Ibn Abbas ra. meriwayatkana bahawa Nabi saw bersabda :-

من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
"barangsiapa membayarnya sebelum Solat maka zakat tersebut diterima, dan barangsiapa yang membayar selepas solat, ia hanya sedekah biasa" [Hadith Riwayat Abu Daud, 2/262, #1609; Ibn Maajah, 1/585, #1827; al-Daaraqutni, 2/138; al-Haakim, 1/409].

Bagi mereka yang lambat membayar zakat fitrah adalah berdosa hukumnya, dan hendaklah dia bertaubat dan melaksanakan juga ibadat zakat al-fitr tersebut (qadha').

Bagi mereka yang terlupa, tidaklah ada dosa keatasnya, sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzaab 33:5].

Menurut fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah, (أما كونها لا إثم عليها فلعموم أدلة إسقاط الإثم عن الناسي ، وأما إلزامها بالقضاء فلما سبق من التعليل )"...tidak berdosa bagi orang yang lupa, akan tetapi dia masih wajib menqadha'nya diatas alasan yang diberikan" [al-Lajnah al-Daaimah, 9/372].

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment