Feb 5, 2009

Hutang Zakat

Soalan:

Perlukah kita yang masih hidup ini melangsaikan hutang zakat bagi simati?? Disini saya ingin bertanyakan pendapat kepada yang lebih arif, terima kasih.

***********************
Jawapan:

kamin
Panel Feqh

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr shahriz2002 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tanggungan ibadat zakat tidak akan terlepas bagi seseorang Islam walaupun masa telah berlalu. Menurut Imam al-Nawawi rh. :-

إذا مضت عليه سنون ولم يؤد زكاتها لزمه إخراج الزكاة عن جميعها
"Jika banyak tahun telah berlalu dan dia belum membayar zakat keatasNya, maka dia wajib membayar kesemua zakatnya" [al-Majmu' 5/302].

Bagi kes mereka yang telah mati, ia bergantung kepada ketaatan seseorang itu. Jika semasa hidupnya dia merupakan seorang yang sentiasa membayar zakat, maka menjadi tanggungjawab warisnya membayarkan bagi pihakNya. Berikut merupakan fatwa yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin :-

إذا كان هذا الرجل المسؤولُ عنه يخرجُ الزكاةَ في حياته ، ولكن تم الحولُ ومات ، فعلى الورثةِ إخراجُ الزكاة ِ، لقوله صلى الله عليه وسلم : ( اقضوا الله ، فالله أحق بالوفاء ) .
وأما إذا كان تعمَّدَ ترك إخراج الزكاة ، ومَنعَها بخلاً : فهذا محلُّ خلافٍ بين العلماء رحمهم الله والأحوط والله أعلم أن الزكاةَ تُخرَج ؛ لأنه تعلَّقَ بها حقُّ أهلِ الزكاةِ فلا تسقط ، وقد سبق حقُّ أهل الزكاة في هذا المالِ حقَّ الورثة ، ولكن لا تبرأُ ذمة الميت بذلك ؛ لأنه مصرٌّ على عدمِ الإخراج ، والله أعلم
"Jika lelaki ini merupakan bertanggung jawab mengeluarkan zakat semasa hayatnya, akan tetapi 1 tahun berlepas dan dia mati, maka si-warisnya hendaklah mengeluarkan zakat, kerana Nabi saw bersabda :'Selesaikan hutang dengan Allah, kerana hutang Allah lebih berhak diselesaikan'.

Akan tetapi, jika dia (semasa hayat) sengaja meninggalkan mengeluarkan zakat ; maka perkara ini khilaf (di perselisihkan) dikalangan ulama' . Jalan yang selamat - wallahu'alam - zakat hendaklah dikeluarkan, kerana ia bersangkutan dengan hak mereka yang boleh menerima zakat dan tanggungjawab ini tidak boleh dihilangkan. Hak orang yang berhak menerima zakat mengatasi Hak pewaris keatas harta, akan tetapi kewajipan si-mati tidak terlepas didalam kes ini, kerana dia sengaja tidak membayar. Wallahu'alam." [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin, 18/43].

Dengan kata lain, harta yang diwariskan kepada si-pewaris lebih selamat di zakatkan Hak yang sepatut diberi kepada penerima zakat, berdasarkan keutamaan wajibnya zakat. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment