Jan 30, 2009

Adakah berlaku riba

Assalamualikum,

Di kpg bapa saya terdapat Jabatan Pertanian yg menerima cek daripada orang ramai untuk ditunaikan. Setiap cek yg ditunaikan di jabatan tersebut akan di caj 2% daripada nilai keseluruhan cek tersebut tanpa mengira nilai cek tersebut sedikit ataupun banyak. Jika nilai cek itu tinggi, maka tinggilah jumlah yg diambil oleh jabatan tersebut dan begitulah sebaliknya. Ini tentu sekali berbeza jika cek tersebut ditunaikan di bank-bank yg berkenaan. Org2 kampung mengambil jalan mudah menunaikan cek-cek di jabatan berkenaan untuk memudahkan kerja memandangkan jarak untuk ke bandar jauh sedikit (lebih kurang 30 km) dan kadang2 kos untuk ke bandar lebih banyak berbanding dgn nilai yg diambil oleh jabatan tersebut terutama sekali jika nilai cek tersebut sedikit cthnya rm 100.

Soalan saya:

Adakah berlaku riba dalam urusan tersebut? Atau 2% tersebut dikira sebagai caj perkhidmatan?

Wassalam.
_________________
thtl

Wassalam

Jawab:

Ia hendaklah dikembalikan pada definasi Riba menurut kitab2 Fiqh, dua jenis: Riba Fadhl (urusniaga barter trade) dan Riba Nasiah (Riba dalam urusan pinjaman wang (loan))

Dalam hal ini Jab Pertanian tidak berada dalam dua kategori tersebut, maka caj yg dikenakan utk Check-clearance bukanlah Riba.

Cuma jika ingin tahu status sebenar caj 2% itu hendaklah diadukan kepada Jabatan Pertanian di KL dibawah Menteri Dato Afendi Norwawi utk melihat apakah wajar Jabatan Pertanian mengenakan Caj 2% terhadap orang kampung sedangkan Jabatan ini ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan (utk membantu petani) dan gaji pegawai dibayar oleh Kerajaan. Kita bimbang ada pegawai yg melanggar peraturan sedia ada.
Kedudukan 2% ini perlu dirujuk pada Kementerian Pertanian kerana dari sisi syara' ia tidak melanggar hukum riba' nasi'ah atau fadhl. WA

0 comments:

Post a Comment