Feb 5, 2009

Kerja Mencuci Di Kedai Jual Benda Haram

Soalan:

assalamualaikum..

Saya memohon jasa baik ahli panel menasihati saya tentang perkara ini.

Adakah boleh seseorang muslim berkerja di kedai yang menjual benda2 haram.Contohnya seperti bekerja di restoran yang ada menjual arak atau khinzir. Dan juga kerja2 lain yang sewaktu dengannya. Jika berkerja sebagai cashier di kedai yang jual arak sudah tentu haram. Tapi kalau macam kerja di Jaya Jusco(JJ) yang sumber pendapatan JJ juga terdiri daripada arak bagaimana pula?Bagaimana pula kalau kerja hanya sebagai cleaner tapi di kedai seperti yang disebut tadi?jazakallah khair

Jawapan:

kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr sham2122 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagai seorang Islam, adalah kewajipan kita mencari pekerjaan yang halal yang padanya kita membawa balik makanan dan minuman yang halal. Sumber penjualan perkara yang haram, sudah tentu menjanakan pendapatan yang haram. Sabda Nabi saw :

إن الله إذا حرم شيئاً حرم ثمنه
"Apabila Allah mengharamkan sesuatu, maka dia mengharamkan harganya" [al-Lajnah al-Daa'imah 13/47]

Akan tetapi, jika seseorang itu tiada pilihan, lebih2 lagi mereka yang mencari reski ditempat orang (eg: diluar negara), yang bekerja direstoran2 (atau kedai) yang menghidangkan atau menjual arak dan khizir, Majlis Fiqh Islami didalam kenyataannya membenarkannya, dengan syarat, tidak terlibat secara langsung didalam menuang, menghidang atau apa2 sekalipun yang terlibat didalam barangan haram itu. Kenyataannya menyebut :-

للمسلم إذا لم يجد عملاً مباحاً شرعاً العمل في مطاعم الكفار بشرط أن لا يباشر بنفسه سقي الخمر أو حملها أو صناعتها أو الاتجار بها ، وكذلك الحال بالنسبة لتقديم لحوم الbنازير ونحوها من المحرمات
"Jika seseorang Islam tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang dibenarkan menurut syariah, dia boleh bekerja didalam restauran yang diuruskan oleh orang kafir, selama mana dia sendiri tidak berurus secara langsung seperti menuang, membawa, membuat atau menjual arak tersebut. Ini termasuklah dengan perkara2 seperti menghidangkan khinzir dan lain2 barangan yang haram" -[Majma’ al-Fiqh al-Islami, ms. 45]

Syiekh Dr Ahmad al-Syarbaasi rh. juga mengatakan bahawa jika berlaku keadaan yang sedemikian, maka seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari melakukan transaksi secara berterusan (direct transaction) dengan barangan2 haram; seperti membungkus arak, menuang arak, menghidangkan khinzir dsb. Berikut adalah ringkasan fatwa IslamOnline terhadap fatwa Syiekh Dr Ahmad a-Syarbaasi :-

على المسلم أن يتحرى الحلال ، وبيع الخمور وحملها للناس حرام ، ويجب على من يعمل في هذا المكان أن يتركه ولو قل دخله ، فإذا لم يجد إلاّ هذا العمل فليتجنب حمل الخمر وتقديمها ، وذلك لحين وجود عمل .
"Wajib keatas seorang Islam mengambil peduli mengenai perkara hala, menjual arak2 dan membawanya/menghidangkan kepada manusia adalah haram, wajib keatas sesiapa yang bekerja ditempat sedemikian meninggalkannya walaupun pendapatannya sedikit. Jika dia tidak berjumpa dengan tempat lain melainkan bekerja disini, maka elaklah (avoid) membawa dan menawarkan arak, sehinggalah wujudnya pekerjaan"

Kesimpulannya, wajib bagi seseorang Islam menjadi pekerjaan dari sumber yang halal. Akan tetapi didalam keadaan yang tidak ada pilihan, maka dibenarkan bekerja ditempat tersebut dengan syarat elak dari melakukan transaksi dengan barangan2 yang haram. Jika wujudnya peluang baru, maka hendaklah dia berhijrah meninggalkan tempat kerja yang melibatkan barangan2 haram Wallahu A'lam.

Sila lihat FORUM dan SJ di bawah :-

Pekerjaan & kewangan
http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?f=101

SJ-11-0023 : was-was tentang kerja
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28137

SJ-11-0026 : Bekerja di Syarikat Pos
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=27996

wassalam
---------
Rujukan :

1. Syiekh Dr Ahmad a-Syarbaasi. العمل في مكان يبيع خمور. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=86605

0 comments:

Post a Comment