Feb 2, 2009

Lanjutan Skim ESOS

Asalamualaikum,

Terima kasih kepada jawapan yang diberikan, tetapi saya memerlukan penjelasan lanjut mengenai persoalan yg dikemukakann.

Quote "Kalau saya bercadang untuk mengambilnya adakah zakat dikenakan jika terdapat keuntungan?"

Maksud saya begini, saya tidak bercadang utk memegang lama pegangan saham tersebut, saya hanya ingin membuat untung dimana saya akan menjual semua setelah saham itu tersenarai contohnya selepas sebulan. Keuntungan yg saya perolehi itu saya bercadang untuk mendermakan sebahagiannya kepada untuk penggunaan org ramai contohnya jambatan.

Adakah perkara ini dibenarkan oleh agama? Terima kasih.

**************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan ESOS sdr Hasry dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sepertimana yang dinyatakan didalam Jawapan SJ-11-0004, perniagaan Insuran komersial ada melibatkan Riba, Perjudian dan Gharar, maka sudah tentu memiliki sahamnya secara jangka panjang atau jangka pendek, hukumnya tetap sama. Sama seperti mereka yang menjalankan perniagaan tersebut.

Disini saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Fiqh Islam, Liga Muslim SeDunia pada tahun 1986 :-

كل مال جاء عن طريق الفوائد الربوية هو مال حرام شرعا ، لا يجوز أن ينتفع به المسلم ، مودِع المال لنفسه أو لأحد ممن يعوله في أي شأن من شؤونه . ويجب أن يصرف في المصالح العامة للمسلمين ، من مدارس ومستشفيات وغيرها . وليس هذا من باب الصدقة وإنما هو من باب التطهر من الحرام .
"Setiap harta/wang yang datang dari sumber riba ialah pendapatan yang haram menurut syariah. Tidak dibenarkan untuk orang Islam mengunakannya, samada ia menyimpankan duit itu untuk dirinya atau keum-kerluaganya, untuk semua hal-ehwal mereka. Dia hendaklah membuangnya dengan cara melakukan projek kebajikan yang boleh menunafaatkan orang-orang Islam, seperti sekolah, hospital dsb. Ini bukan datang dari bab kebajikan, malah ia datang didalam bab membersihkan harta dari unsur-unsur haram"

Pendapatan dari keuntungan yang tidak halal tidak boleh dibayar zakat, malah jika dilihat pada keputusan Majlis Fiqh Islam, kesemua wang keuntungan tersebut hendaklah disalurkan kearah projek kebajikan orang Islam dan kita tidak boleh menggunakan sedikit pun darinya. Perkara ini tidak dibenarkan oleh agama, dan ia bukanlah didalam perkara kebajikan. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment