Feb 5, 2009

Berkerja Di Syarikat Penghantaran

Soalan:

Assalamua'laikum Panel Al-Ahkam yang dihormati..

Seperti mana yang kita semua maklum, semua perkara yang melibatkan arak seperti membuatnya, mengangkutnya, menjual dan membeli serta meminumnya adalah termasuk dalam kategori HARAM maka duit yang keluar hasil dari pekerjaan berkaitan arak adalah juga HARAM.

Jadi, saya ada satu kemusykilan. Bagaimanakah hukumnya pula dengan mereka yang bekerja dengan syarikat pengeposan contohnya di bahagian gudang/ stor di mana mereka membahagi-bahagikan barang-barang untuk dipos ke merata tempat sedangkan antara barang-barang tersebut ada antaranya adalah arak? Adakah ia dikira sebagai bersubahat dengan arak?

Harap ustaz-ustaz dapat memberi penyelesaian kepada masalah ini.

Sekian, jazaakumullahu khaer.

*********************
Jawapan:

kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr teman1103 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Pekerjaan mengepos barang merupakan sumber reski yang halal. Akan tetapi jika ia melibatkan penghantaran arak kepada pelanggannya, maka ini termasuklah didalam skop hadith riwayat Imam Tirmudzi:-

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الخمر وشاربها وساقيها وعاصرها ومعتصرها وحاملها والمحمولة إليه وبائعها ومبتاعها وآكل ثمنها
"Rasulullah saw telah melaknat Arak, peminumnya, penuang minuman, pemerah, kepada sesiapa yang diperah, pembawanya, kepada siapa yang dibawa, menjualnya, pembelinya, dan mereka yang makan dari harganya" - [al-Bahr al-Zakhaar - al-Bazaar, dari Musnad Abdullah bin Masoud ra]

Didalam situasi diatas, didalam keadaan yang tidak ada pilihan, hendak seorang yang beragama Islam cuba mengelakkan diri (dari melibatkan diri secara terus) dari melakukan penghantaran arak kepada peminumnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Syiekh Dr Ahmad al-Syarbaasi :-

فليحذر ما استطاع إلى ذلك سبيلاً أن يشارك في حمل الخمر إلى شاربيها، وليبذل كل ما استطاع ليؤدِّيَ عملاً غير هذا العمل.
"Maka telah diberi amaran bahawa tidak boleh keatasnya menyertai jalan/perbuatan membawa arak kepada peminumnya, dan agar ia melakukan apa sahaja pekerjaan selain dari kerja tersebut" [Fatwa IOL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=86605 ]

Perbincangann yang berkaitan mengenai permasalahan ini boleh dilihat pada SJ berikut :-

SJ-11-0023 : was-was tentang kerja
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28137

WA, wassalam

0 comments:

Post a Comment