Feb 2, 2009

Keuntungan berlipat kali ganda

Soalan:

Assalammualaikum...

Salam kasih buat akhi2 yang dihormati....saya ada sedikit pertanyaan berkenaan jual beli dalam Islam...utk itu.....lebih elok kalau saya ceritakan situasi saya sendiri....begini....Saya bercadang utk membeli tiket perlawanan football...harga utk 4 perlawanan adalah dalam linkungan 108 dollar....tetapi saya mendapat tahu dari kawan2 saya....bila hari perlawanan berlangsung....harga tiket utk satu perlawanan boleh mencecah hingga 1000 dollar.....soalan saya....bolehkah saya menjual tiket tersebut dgn keuntungan yang berlipat2 kali ganda dari harga asal....adakah halal perbuatan tersebut atau haram......harapan agar akhi2 dapat menerangkan dan menjelaskan lagi....terima kasih....Wassalam....

Jawapan:

thtl

Jawab:

Ini dinamakan bisnes 'Black market' atau pasar gelap. Ia diharamkan menurut perundangan perihal dagangan semasa.

Bisnes pasar gelap ini diharamkan atas dua faktur:

1. Larangan mempermainkan harga.
Islam menyerahkan semaksima mungkin pergerakan harga kepada hukum supply and demand (permintaan dan penawaran) bukan ada mainan dari pihak yg tamak spt spekulator atau peniaga pasar gelap.

Dalilnya:
Dari Anas ra, " Sesungguhnya Allah-lah yg menentukan harga, yg menekan, dan melapangkan dan yg memberi rezki. Saya ingin bertemu Allah sedang tidak ada seorangpun dari kamu yg menuntut saya kerana suatu kezaliman baik mengenai masalah darah atau harta." [Albani: Sahih Ghayatul Maram no 323]

Kata Ibn Qayyim, Thuruq alHukmiyah . hal 214 dari Ibn Taymiyah Abu alAbbas alharani, prinsip harga patut hendaklah diamalkan oleh orang yg beriman.

2. Ihtikar (Menyorok barang)

Perbuatan membeli tiket dan menyimpan hingga waktu perlawanan itu dimaksudkan dgn ihtikar. Ihtikar ialah sifat tamak peniaga yg mengumpul stok komoditi yg sangat dibutuhkan/diperlukan oleh manusia.

Dalil:
Tidak ihtikar melainkan orang yg berdosa"

[Dikeluarkan oleh Muslim dari Mu'ammar bin Abdullah]

sekian

0 comments:

Post a Comment