Jan 30, 2009

Perlaksanaan al-muzara'ah dan al-musaqat

Assalamualaikum...
Ader tak perlaksanaan kontrak al-muzara'ah dan al-musaqat direalisasikan di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kalau boleh, saya nak mintak tolong jelaskan tentang aplikasi kedua-dua kontrak di atas dalam masyarakat kita. Sekarang ni saya masih kabur lagi. Adakah amalan sewa tanah untuk pertanian yang dilakukan oleh masyarakat petani kita sekarang ni sama dengan kontrak tersebut. Terima kasih atas penerangan anda semua.

**************
thtl

Wassalam

Jawab:

Oleh kerana ia isu khilafiah, maka kita terus sahaja kpd Fiqh Syafi'iyah.

1. Terminologi

a. Muzara'ah/Mukhabarah
Muzara'ah ialah penyewa tanah mengerjakan tanah yg disewa di mana input pertanian disediakan oleh penyewa.
Mukhabarah ialah di mana input pertanian disediakan oleh tuan tanah (Syaikh Khatib Syarbini, Mugny Muhtaj: 2/323)

b. Musyaqqah
menurut Fiqh Syafi'iy: musyaqqah bermaksud usahasama dalam dusun buah-buahan (khususnya kurma dan anggur di tanah Arab), di mana perjanjian tuan tanah dan penyewa meliputi kerja2 menjaga kebun dan menyiram dan hasilnya dibahagi dua. (ibid)

2. Pelaksanaan
Daulah Uthmani telah menggubal perundangan yg standard dan dimasukan dalam Majalah alAhkam alAdliah dan enakmen yg meliputi sewaan Muzara'ah pada Bab 8, sec 1/1431 dan sewaan Musaqqah pada Bab 8. sec 2/1445

Rumusan: Muzara'ah ialah sewa tanah atau pajakan yg melibatkan cash crop (tanaman kontang spt sayuran dan bijirin spt padi) dan banyak di praktikkan di Malaysia spt Kelantan dan Kedah, manakala musaqqah ialah sewaan/pajakan yg melibatkan fruit orchards (kebun buah-buahan)

Di Malaysia hal sewa menyewa ini berada dibawah perundangan Civil dan ia tertakluk pada mafhum hadis riwayat Abu Daud dan alHakim dari Abu Hurairah ra:" "umat Islam terikat dgn aqad2 (perjanjian) mereka." Ruj lanjut FIqh Islami wa Adillatuh, Juz 5/ 630 ke atas) WA

0 comments:

Post a Comment