Feb 3, 2009

Penggurup Wang

assalamualikum wrt wbt

bagaimanakah agaknya operasi bisnes pengurupan wang dijalankan? tukar duit dgn duit. bukankah ada larangan nabi tentang perkara ni? tidakkah ia melibatkan riba bila wang di tukarkan?

***********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ska dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sabda Nabi saw :-

الذهب بالذهب والفضة بالفضة مثلاً بمثل سواء بسواء يد بيد ... ، فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يداً بيد
"Emas untuk emas, perak untuk perak, contoh ini untuk ini, barangan yang sama untuk yang sama, tangan untuk tangan. Jika ia merupakan pertukaran barangan ini untuk barangan lain, maka jual lah ikut kamu, asalkan ia bertukar tangan kepada tangan"- [Hadith Riwayat Muslim #1538]

Sabda Nabi saw didalam hadith yang lain; riwayat datang dari 2 sahih dan lain-lain mengenai cerita Bilal ra:-

جاء إلى النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بتمر جيد ، فقال له من أين هذا ؟ قال بلال : كان عندنا تمر رديء فبعت منه صاعين بصاع ليطعم النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( أوّه ، لا تفعل . عين الربا ، عين الربا )
"telah datang dia (Bilal ra) kepada Nabi saw dengan membawa tamar/kurma yang baik dan baginda bersabda :'Dari mana datang benda ini?'. Bilal menjawab :'Kita ada beberapa kurma rosak dan saya membayar 2 saa' untuk 1 saa' agar Nabi saw dapat juga makanan tersebut', Maka Rasulullah saw bersabda :'Ohh! Jangan lakukan begitu, ini adalah pati riba, ia pati riba'." - [hadith riwayat al-Bukaari #3212].
--------

Dari hadith diatas, maka timbullah berapa syarat didalam Fiqh Al-Sarf atau Fekah pertukaran wang. Syarat utamanya ialah :-

1. Jika anda menukar denominasi yang besar kepada yang kecil bagi matawang yang sama (contoh : RM100.00 kepad 1RM), jumlahnya mestilah sama (tidak boleh kurang atau lebih). Jika matawang tersebut berbeza (Ringgit kepada Riyal), nilainya tidak semesti sama, kerana ia dua benda yang berbeza.

2. Pertukaran mesti berlaku pada masa itu juga; dengan kata lain pertukaran dua jenis matawang dilakukan pada masa kontrak.

(a) Ini bermakna sebagai contoh menukar duit dari Ringgit ke Riyal boleh dilakukan keatas mana-mana harga yang dipersetujui selama-mana tidak melibatkan penipuan atau perbezaan yang jauh dari harga pasaran. Kerajaan akan menetapkan harga pasaran, akan tetapi transaksi boleh berlaku tanpa melalui bank pusat dengan harga yang mempunyai sedikit kelainan.

(b) Penerimaa wang yang ditukar itu mestilah berlaku pada masa itu. Tidak boleh melewatkan pertukaran. Konsep ini dinamakan yadan bi yad (pertukaran tangan dengan tangan).

(c) Tidak boleh berdagang hanya dengan margin (contohnya : membayar 10% dari jumlah bayaran sementara lebihan akan dideposit didalam bank kemudian).

---------
Disini kami paparkan petikan fatwa dari Lajnah Daaimah Arab Saudi (Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi) mengenai pertukaran matawang :-

يجوز تحويل الورق النقدي لدولة إلى ورق نقدي لدولة أخرى ، ولو تفاوت العوضان في القدر ؛ لاختلاف الجنس ، كما في المثال المذكور في السؤال ، لكن بشرط التقابض في المجلس ، وقبض الشيك أو ورقة الحوالة حكمه حكم القبض في المجلس .
"Dibenarkan pertukaran wang kertas sesuatu matawang kepada wang kertas matawang yang lain, walaupun terdapat nilai yang berlainan, kerana ianya dua jenis matawang yang berbeza, seperti contoh yang disebut didalam soalan (aiitu wang Sudan kepada Riyal). Ia ialah dengan syarat pertukaran tersebut berlaku didalam satu kali duduk (on sitting). Cek dan kiriman wang dikira sebagai pertukaran yang berlaku sekali duduk (pada masa itu juga)".
-------------

Jika pertukaran matawang menepati syarat diatas, maka Islam membolehkannya. Lagipun jika kita lihat di bandar Mekah dan Madinah, banyak juga terdapat pengurup-pengurup matawang menjalankan perniagaan mereka bersebelahan dengan masjid dan ia tidak dilarang. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment