Feb 3, 2009

Zakat Binatang Ternakan

Salam

Mengenai zakat binatang...pihak pengurusan zakat di tpt saya ada membuat penerangan tentang cara menunaikan zakat binatang...dan salah satu kaedah yg mereka guna adalah cara ini :-

Iaitu apabila telah sampai nisab binatang itu...tuan penternak yang hendak menunaikan zakat binatang tersebut memanggil pegawainya utk menerima binatang (lembu) tersebut sbg zakatnya....setelah berakad zakat keduanya...maka pegawai tersebut menjual binatang tersebut kepada pembeli lembu....dan apabila akad jual beli telah dijalankan...maka pegawai tersebut menerima wang jual beli binatang tersebut iaitu hasil dr zakat penternak tersebut utk direkod....

Kemusykilan saya pulak dalam satu masalah ini adalah....

1) Penternak lembu ini masih belum cukup haul...baru 26 ekor...dan katanya...lembu2nya ini agak liar....beliau bercadang utk belikan satu ekor lembu baru yang agak jinak....dan apabila lembu yg lama ini sudah cukup haul sebyk 30 ekor...lembu baru yang jinak tersebut hendak dizakatkannya....boleh atau tidak kaedah tunaikan zakat cara begini??

2) Lagi satu...penternak tersebut bercadang utk tunaikan zakatnya iaitu memberikan lembu baru yang jinak tersebut utk diberikan kepada janda agar janda tersebut dapat menternak lembu tersebut dan mengubah status dirinya yg susah....boleh tak agihkan zakat ternakan tersebut dalam masalah ini???

harap para panel dapat memahami kemusykilan di atas

Sekian, terima kasih

*********************
thtl

Wassalam

Jawab

MasyaAllah, rasanya ini baru pertama kali kita terima soalan zakat ternakan. Biasanya zakat saham dan gaji aje.

1. Nisab zakat ternakan lembu ialah 30 ekor. Zakat yg wajib dibayar ialah anak lembu jantan (tabi') atau betina (tabi'ah) yg berumur setahun (Ini pendapat madzhab yg empat (Dr Wahbah azZauhaili, Fiqh Islami Jld 2/842 Darul Fikr :Damsyik, edisi ke 2), dipersetujui oleh alQardhawi (Fiqh Zakat 1/201 cet Beirut 1973) Maka tidak perlu penternak itu membeli lembu jinak utk bersiap sedia utk zakat kerana hal itu tidak disyaratkan. Biarlah lembu itu cukup haul dan nisab secara tabi'iy.

2. Apakah zakat ternakan boleh diagihkan sendiri?

Ini khilaf di kalangan fuqaha'. Dalam madzhab Syafi'iy sendiri ada dua pendapat: satu pendapat membolehkan jika dia yakin sasaran zakat itu lebih tepat dan mengenai sasarannya dan satu lagi pendapat (qaul) tidak dibolehkan kerana urusan zakat adalah urusan pemerintah. (Ibn Qudamah, alMughni 2/480) ini juga pendapat Hanbaliah

Pendapat alQardhawi dalam masalah ini:
a. Ia adalah hak pemerintah untuk mengaudit zakat ternakan rakyat dan memungut zakat dari para penternak. Maka jika sistem Pentadbiran Zakat pemerintah lancar dan adil, maka penternak tidak boleh mengagihkan sendiri zakatnya.

b. jika Pemerintah tidak ambil peduli atau cuai dalam pungutan dan agihannya, maka penternak hendaklah mengeluarkan dan mengagihkan sendiri (Fiqh Zakat 1/766)

sekian

1 comments:

TUKAR JENAMA BUAT DUIT said...

Assalamualaikum

Saya ada kemusykilan tentang zakat ternakan.
Saya faham tentang nisab kambing biri-biri 40 ekor.
Soalan saya 40 ekor itu mestikah kesemuanya mecapai umur 1 tahun lebih atau tidak kira besar kecik yang penting bilangannya 40 ekor?
Saya juga ingin tahu tentang haul?
40 ekor kambing cukup umur 1 tahun atau cukup genap setahun saya bela 40 kambing2 itu?(yang bercampur2 umur)

Post a Comment