Jan 30, 2009

Banduan membuat baju/pakaian

Assalamualaikum.w.b.t

Ustaz maafkan saya mengenai soalan nie. Saya nak tahu masalah pakaian yang dibuat oleh banduan2 di penjara tu. masalahnya mereka buat tanpa dikenakan cas/kos/upah. Ini kerana dalam penjara mereka dilatih/praktikal/dll.
Jadi bagi org biasa/warden/pengawai/dll bolehkah mereka menyuruh membuat demikian, bagaimana pulak dengan org biasa yang mempunyai kenalan dipenjara menyuruh membuat demikian.

Soalan/point:-
Boleh tak terima/mengambil baju/pakaian yang dibuat oleh banduan itu semasa dalam tahan tanpa dikenakan bayar ataupun bayaran yang rendah (bayaran just duit kopi jer)

****************
thtl

Wassalam

Jawab:

Soalan ini sukar dijawab kerana ahli feqah memerlukan maklumat mengenai kehidupan sebenar penjara. Apa yg berlaku di dalam penjara adalah tidak transparent (telus), apabila banduan dimasukkan dalam penjara dgn kerja berat, apakah kerja berat itu sebahagian dari hukuman.

Perlu pula kita mengetahui apakah peraturan sedia ada, apakah boleh kakitangan penjara memanfa'atkan cheap labour (buruh murah atau free) yg ada pada banduan2 itu. Apakah mereka ini boleh dieksploit, apakah boleh disuruh melakukan kerja2 peribadi pegawai atau kerja kemasyarakatan sahaja. Oleh kerana maklumat ini tidak mencukupi kami tidak berani memberi jawapan yg terbaik. Jawapan yg betul2 tepat memerlukan kami melihat peraturan2 penjara yg dipraktikkan di Malaysia dan Konvension keadilan antarabangsa dan buat masa ini kami kesuntukan masa. Bagi diri saya, saya KIV dulu. WA

0 comments:

Post a Comment