Jan 30, 2009

Guna Duit Orang Yang Tidak Dituntut

assalamualaikum ustaz,

1. apakah hukumnya menggunakan duit simati yg dah lama tak dituntut oleh waris atau sedaranya atau tidak tahu siapa saudara dan warisnya.

2. Duit tersebut di atas adalah duit dari luar negara yg umat islamnya adalah minoriti . Apakah hukumnya menggunakannya kalau duit tersebut milik org ISLAM atau BUKAN ISLAM?

3. Sekiranya duit tersebut adalah duit yg perlu diwakafkan apakah syarat2 atau kategori org2 yg layak menerimanya?

********************
Wassalam

Jawab:

Jika kita simpulkan masalah ini ialah ia berlaku di luar negara dan terdapat wang yg ditinggalkan oleh si mati di sana dan tidak ada yg menuntutnya.

Jawapan kita: Menjadi suatu amanah kepada anda untuk mengambilnya dan memanfa'atkan bukan pada diri anda tapi pada pembangunan Islam di negara itu.
Dalilnya: "sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu memberikan amanah pada ahlinya." AQ 4: 58

Menurut Syaikh arRimli , Nihayah alMuhtaj ila Syarh alMinhaj: 5/423, sunat mengambilnya jika yakin dapat melaksanakan amanah harta itu.

Masalahnya: apakah hubungan anda dgn si mati? Ini kerana sudah tentu ada prosedur kewangan yg dikenakan oleh pemegang amanah atau pihak bank yg memegang amanah bagi pihak si mati di negara tersebut. Jika anda ada kuasa dan mampu memindahkan wang si mati baik Islam atau non-Muslim, sudah tentu dibolehkan untuk dimanfa'atkan kepada ahli warisnya dan jika tiada waris, boleh dimanfa'atkan utk pembangunan komuniti Islam di negara itu. WA

0 comments:

Post a Comment