Feb 6, 2009

Nisab dan Kerja Sambilan

Salam

Saya adalah seorang penuntut di Jepun. Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan nisab dalam zakat.

Nisab berdasarkan nilai emas atau nilai perak. Masalahnya, nisab berdasarkan emas dan perak ini amat jauh berbeza, dan setahu saya terdapat 2 pendapat dalam mengira nisab: satu berdasarkan emas dan satu lagi berdasarkan perak.

Soalan saya:

1. Pendapat manakah yang terlebih kuat?

2. Islamic Center of Japan (ICJ) menetapkan kadar nisab sebanyak 87.48 gram emas atau 612.36 gram perak - mana2 yang terendah. Menurut nilai kini, nilai perak amat rendah berbanding emas. Jadi, sudah tentu nisab mengikut ICJ adalah berdasarkan nilai perak. Bolehkah saya berpegang kepada pendapat kedua iaitu yang menilai mengikut nilai emas?

3. Adakah gaji atau upah daripada kerja sambilan (part-time job) dikenakan zakat pendapatan?

Sekian. Saya berharap agar dapat dijawab dengan segera. Jazaakumullahukhaer.

*********************
thtl

Wassalam

alJawab:

1. Pendapat pilihan Prof Dr Yusof alQardhawi ialah nilaian emas kerana kestabilannya berbanding perak (Fiah Zakat: 1/263)

2. Kadar yg benar menurut pengiraan alQardhawi ialah 85gm emas bukannya 87. Maka boleh saja anda berpegang dgn nilaian emas 85 gm yg juga digunakan di Malaysia.

3. Penuntut tidak dikenakan zakat lagi. Pendapatan yg dimaksudkan ialah dari gaji tetap bila anda pulang ke Malaysia nanti.

sekian

0 comments:

Post a Comment