Feb 2, 2009

Masalah Hutang Lama

Salam

Saya pernah berhutang sejumlah kecil wang dengan seseorang semasa saya belajar dahulu. Tetapi setelah menamatkan pengajian, perhubungan kami telah terputus kerana menjalani kehidupan masing-masing. Puas saya cuba mencari beliau, tapi gagal. jadi persoalan saya ialah :

1. Bagaimanakah caranya untuk saya menjelaskan hutang saya tersebut?

2. Jika saya bersedekah dengan jumlah yang sama dengan hutang saya, dengan niat untuk membayar hutang rakan saya tadi, adakah terlunas hutang saya tersebut?

Saya harap para ustaz di forum ini dapat membantu saya dalam permasalahan ini.

Wasallam.

************
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam.

Cuma bezanya ialah, bukanlah anda menzalimi orang tersebut dengan menipunya, akan tetapi, anda masih memiliki haknya yang harus dikembalikan kepada tuannya. Maka kami petik kembali fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah :-

يجب عليه أن يرد ما أخذه من كل شخص إلى مستحقه إن وجد أو ورثته ، فإن تعذر من كل وجه ، فإنه يتصدق بالمال على نية صاحبه .

"Dia harus memulangkan apa yang telah diambil dari setiap orang yang berhak, jika tidak dapat mencarinya, maka carilah warisnya. Jika dia telah berusaha dan gagal mencarinya, maka ia harus memberi wang tersebut kepada kebajikan dengan niat pemberian kepada pemiliknya" - [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 14/25)

wallahu'alam, wassalam.

Rujukan :-

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 14. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000. ms 25

1 comments:

Harmin bin Hassan said...

Assalamu'alaikum w.b.t

Al-Ustadz,
Masalah saya ialah beberapa ketika dulu kami sekeluarga sering berada dalam kesempitan dalam hidup walaupun berpendapatan tetap...Kerapkali ka gaji kami berbaki kurang RM100 sebelum sampai hujung bulan untuk menanggung nafqah seisi keluarga (anak kami pada waktu itu +-3 @ 4 org)Pada suatu ptg/mlm, kami singgah di sebuah madrasah utk solat Maghrib, tiba2 saya ternampak seutas rantai tangan emas kanak2 di atas tanah (Nilainya +-RM350-400)pada masa itu. Saya terus mengambilnya dengan niat pinjam utk digadai dan akhirnya terpaksa dijual kerana kami sedang dalam kesempitan pada masa itu. Namun sehingga kini, kami belum berpeluang/ belum mampu untuk mengembalikan hak pemilik barang kemas tersebut...Jadi apa/ bagaimana yang sepatutnya kami lakukan mengikut hukum Syara'?

T. kasih

Wassalam w.b.t

Post a Comment