Feb 8, 2009

Had Keuntungan Jualan

Salam
Saya nak bertanya mengenai had keuntungan yang dibenarkan dalam Islam. Adakah wujud peraturan yang menetapkan bahawa keuntungan yang patut kita peroleh ialah hanya 100% sahaja. Kalau saya berniaga, modal ialah RM 0.30 dan saya menjualnya dengan harga RM 1.00 Adakah saya boleh menerima keuntungan tersebut dan wajar.
Boleh tak pihak tuan memberikan penjelasan.

*************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Had keuntungan dalam Perniagaan.
Sebenarnya soalan ini sudahpun diajukan kepada Prof Dr Yusof al-Qardhawi dan sudah dicetak dalam koleksi Fatawanya, Fatawa Mu'sirat. Jika cetakan terjemahan, lihat jilid 7 & 8 edisi Pustaka Salam Kuala Lumpur.

Ringkasan Fatwa Dr al-Qaradhawi:

1. matlamat semua perniagaan ialah mendapatkan keuntungan, tapi dalam Islam dimensi untung meliputi keuntungan duniawi dan ukhrawi.

2. Nas menetapkan keuntungan itu tidak ada. Cuma dari segi praktikalnya sejak zaman salaf dikenalpasti dua jenis barangan: barangan keperluan asasi manusia dan barangan mewah. Islam mengambil berat pergerakan harga dan kadar keuntungan dalam bisnes melibatkan komoditi dan barangan keperluan manusia ramai, maka di sini perlu ada kawalan dari negara.

3. Boleh atau harus memperolehi keuntungan melebihi 100% terutama dalam urusan hartanah. Ini biasa berlaku di zaman RasuluLlah saw dan baginda tidak menegahnya.

4. al-Qardhawi menyenaraikan beberapa jenis cara dan manipulasi untuk meraih keuntungan berganda yang diharamkan seperti melalui jalan haram (antaranya riba, rasuah dan perjudian), juga melalui jalan curang, rasuah dan manipulasi pasaran, insider trading, monopoli, sorok barang dan spekulatif.

sekian

0 comments:

Post a Comment