Feb 1, 2009

Masalah zakat al-fitr dengan wang

Salam

dalam satu kuliah hadith yg saya hadiri baru2 ni, ustaz tersebut ada menyentuh tentang bab zakat.Katanya tidak ada dalil yg menyokong pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang kerana pada zaman Rasulullah sendiri wang itu wujud tetapi tidak digunakan sebagai cara pembayaran sebaliknya pembayaran dilakukan dgn menggunakan bijiran ataupun kurma.Harap pihak al ahkam dapat memberi ulasan tentang hal ini.

****************
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr abing dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam dua Shahih, diriwayatkan bahawa Abu Sa]ed al-Khudri ra. berkata :

كنا نعطيها في زمن النبي صلى الله عليه وسلم صاعاً من طعام ، أو صاعاً من تمر أو صاعاً من شعير أو صاعا من أقط أو صاعا من زبيب . .
"Pada masa Nabi saw kami mmberi satu sha' makanan (ta'aam), atau satu sha' kurma, atau satu sha' bali, atau satu sha' keju, atau satu sha' raisin..."

Menurut Shiekh Abdul Aziz bin Baaz, berapa ulama' mentafsirkan perkataan ta'aam (makanan) didalam hadith diatas merujuk kepada gandum, dan yang lain merujuk kepada makanan ruji (staple food) penduduk tempatan, tidak kira apa jenisnya, sama ada ia gandum, jagung, atau makanan yang lain.

-----------------
Pandangan yang mengatakan zakat al-fitr hanya boleh menggunakan 'staple food' atau makan ruji sesuatu negara, merupakan satu pandangan yang semata-mata hanya melihat nas berbanding dengan pandangan dan ijtihad yang melihat syariah secara global dan tidak juga mengabaikan nas-nas yang khusus (juz'iyah). Bukan sedikit mereka yang berijtihad bahawa zakat al-fitr boleh dikeluarkan dengan menggunakan wang. Menurut Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah didalam Maj'mu' Fatawa (25/82) berkata :

فامعروف من هذهب مالك والشافعي أنه لا يخوز، وعند أبي حنيفة يجوز، وأحمد ـ رحمه الله ـ قد منع القيمة في مواضع، وجوزها في مواضع، فمن أصحابه من أقر النص، ومنهم من جعلها على روايتين.
"Telah diketahui umum dari Mazhab Malik, dan sesungguhnya Al-Syafie tidak membenarkan, Abu Hanifah membenarkan, dan Ahmad rh. - telah melarang harga di [sebahagian] tempat-tempat, dan membenarkan di tempat-tempat [lain], dan dari pengikutnya mengakui akan kenyataan tersebut, dan dari mereka terdapat dua riwayat"

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, applikasi penggunaan wang didalam pembayaran zakat telah diamalkan oleh para sahabat, generasi tabien dan dilaksanakan pada zaman pemerintah Khalifa Al-Rasyidin eg: Umar bin Abdul Aziz. Termasuklah diantara mereka Imam Abu Hanifah dan pengikutnya, A-lhassan Al-Basri, Sufyan Al-Tsauri dsb. membenarkan mengeluarkan zakat (termasuk zakat al-fitrah)dengan membayar harganya. Ia juga merupakan pandangan para Ibn Qasim dan pengikut mazhab Malik. Berkata Imam Al-Nawawi :

وهو الظاهر من مذهب البخارى في صحيحه
"Ini pula yang kelihatan dari pandangan (mazhab) Al-Bukhari didalam Shahihnya"

Berkata Rusyaid :

وافق البخارى في هذه المسألة الحنفية مع كثرة مخالفة لهم لكن قاده إلى ذلك الديل.
"Al-Bukhari didalam masalah ini bersetuju dengan (Imam )Al-Hanifah walau didalam banyak hal beliau sering berbeza pendapat dengan mereka, akan tetapi beliau mengemukan dalil bagi pendapat ini".

Ulama'-Ulama' telah mengemukan beberapa pandangan yang mengarabkan prioriti dan juga maslahat yang jelas tanpa mengingkari nas-ans yang shahih. Kerana kerana Shiekh Al-islam Ibn Taimiyyah berkata :

الأظهر في هذا : أن إخراج القيمة لغير حاجة، ولا مصلحة راجحة، ممنوع منه
"Yang paling jelas didalam permasalahan ini ialah , mengeluarkan harga tanpa ada keperluan (hajat), dan tanpa kemaslahatan yang jelas adalah dilarang".

Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi telah merumuskan 3 dalil mengenai pendapat ini :

1. Disana ada sabda Nabi saw :

أغنوهم ـ يعنى المساكين - في هذا اليوم
"Kayakan mereka - iaitu orang-orang miskin - pada hari ini"

'Kayakan mereka' didalam hadith diatas bermakna diberi mereka wang dan juga makanan. Bahkah kadang-kadang wang(duit) lebih utama (prioriti), kerana orang-orang fakir pada masa itu sudah memperolehi banyak makanan. Disamping itu orang fakir dapat membeli barang-barang keperluan seperti makanan, minuman, pakaian dan keperluan yang lain.

2. Imam Mundzir mengatakan bahawa kebenaran mengeluarkan zakat dengan wang telah lama dilakukan sejak dulu lagi. Ini telah ditunjukkan bahawa para sahabat membenarkan mengeluarkan setengah sha' gandum kerana dianggap sama nilainya dengan satu sha' kurma, sehingga Muawiyah berkata : 'saya melihat dua mud gandum Syam senilai dengan satu sya' kurma'.

3. Pemberian zakat dengan harganya ini lebih mudah dilakukan pada zaman ini, terutamanya didalam negara industri dimana orang tidak akan bermuamalah kecuali dengan wang. Disamping itu, pemberian zakat dengan wang lebih bermunafaat kepada orang miskin.

Ibnu Taimiyah berkata bahawa beliau lebih gemar memberi 'cash' (duit) zakat al-fitr nya di kawasan metropolitan seperti Damsyik ditempat beliau tinggal kepada orang miskin

Menurut Ustaz Zoubir Bouchikhi :"Nowadays, it is very useful and helpful to give money to the poor people than to give them rice or barley or any agricultural thing, as they may have a lot that they will not use after all."
{Kini, adalah lebih bermunafaat dan berguna memberi duit kepada orang miskin dari memberi beras, bali atau apa-apa barangan pertanian, yang mana mereka telah ada dengan banyaknya dan kemungkinan ia tidak digunakan langsung}

Dr Ali Al-Showa, professor Syariah Universiti Jordan didalam menjawab Fatwa secara live di IslamOnline.Net berkata :

يجوز للمسلم أن يخرج قيمة زكاة الفطر نقودا؛ لأن النقود وسيلة صالحة لشراء السلع والخدمات؛ فيمكن للإنسان أن يشتري بها الطعام وغيره

"Dibenarkan untuk orang Islam mengeluarkan harga zakat al-fitr dengan wang, kerana sesungguhnya wang sesuai bagi membeli barangan dan perkhidmatan! Maka manusia boleh membali makanan dan barangan yang lain."

---------------
Satu nasihat dari Sheikh Al-Qardhawi : terdapat beberapa padangan samada boleh menggunakan wang atau tidak, maka seseorang Islam itu harus mengambil pendapat seorang ulama' yang paling mantap dihatinya, dan berpandangan ulama' tersebut lebih mengerti tentang agamanya, lebih mengerti sumber-sumbernya, lebih mengetahui maksudnya, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak menjual dunia dengan keuntungan dunianya atau dunia orang lain.

Seperti masalah diatas, seorang ustaz tidak boleh mengecam (mengutuk) ijtihad yang telah diperselisihkan oleh Imam-Imam yang membolehkan zakat dikeluarkan dengan wang. Umat Islam dibolehkan bertaklid jika kemampuannya hanya disitu, iaitu tidak memiliki alat-alat ijtihad dan syarat-syaratnya, kerana firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 286: "Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan apa yang ia mampu...".

Beliau juga memetik kata-kata mashur dari Imam Al-Syafie :

رأيي صواب يحتمل الخطأ، ورأي غيري خطأ يحتمل صواب.
"PendapatKu adalah benar dan berkemungkinan salah, dan pendapat selain dariKu adalah salah dan kemungkinan benar"

wallahu'alam, wassalam.

====
Rujukan :

1. Shiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majallat al-Buhooth al-Islamiyyah, isu no. 17, ms. 79-80 . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=22888&dgn=3&dgn=2

2. Abdul Rahman Mohammad bin Qasim. [penyusun]Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 25Mekah : Penerbitan Al-Hukumah, 19??. ms 82.

3. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'aasyirah - II. cetakan ke 3. Kuwait : Dar-Al-Qalam, 1994. ms 240.

4. Zoubir Bouchikhi. What are the Shari'a evidences that one can pay Zakat-ul-Fitr as money these days? . url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21169

5. Dr Ali Al-Showa. Fatwa secara Live - IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=23Y74c

0 comments:

Post a Comment