Jan 30, 2009

Riba - dulu dan sekarang

Dulu faedah pinjaman adalah tinggi sehingga 10% tapi pinjaman kerajaan adalah 4%, maka dikatakan faedah pinjaman kerajaan bukan riba dengan alasan ianya rendah dan sebagai bayaran perkhidmatan saja. Sekarang dah terbalik, faedah bank rendah dari pinjaman kerajaan. Bolehkah dikatakan pinjaman kerajaan sebagai riba dan pinjaman bank bukan riba. Kalau tak boleh apakah justifikasi yang dulu mengatakan pinjaman kerajaan bukan riba.

**************
thtl

Jawab:

Pada awal 1980'an pinjaman kerajaan dan badan berkanun telah ditukarkan ke BBI (Bai' bithaman ajil) dan 4% itu pada kadar reducing balance adalah dalam bentuk keuntungan dan ada rebat lagi.

Adapun pinjaman konvensional ialah menurut BLR (base lending rate) dan ia dikenakan ke atas principal loan. Walaupun BLR sekarang turun dari kadar 10% -pada masa lalu ke sekitar 6.5%, dan pinjaman kenderaan sekarang di sekitar 3.5% (Hyundai), 3.99% Toyota dan Honda, tapi cara pengiraannya tidak sama dgn kadar BBI. Cuba anda lawati pakej pembiayaan yg menawarkan 3.99% itu dan anda akan dapati ia masih tinggi kerana banyak helah dan muslihat sistem ribawiyah ini. Walaupun pakej BBI kerajaan itu masih tinggi, tapi ia nyata ada perbedzaan dari pakej pembiayaan konvensional. WA

1 comments:

Lia said...

Semoga harta kita bisa terhindar dari riba.

Post a Comment