Feb 2, 2009

Skim ESOS

Asalamualaikum,

Diharap pihak al-Ahkam semuanya sihat-sihat belaka. Disini saya ada satu kemusykilan berkenaan skim ESOS. Saya berkerja disebuah syarikat insurans konvensional dan tak lama lagi syarikat saya akan menawarkan skim ESOS kepada semua perkerjanya. Soalan saya bolehkah saya mengambil skim ESOS ini? Kalau saya bercadang untuk mengambilnya adakah zakat dikenakan jika terdapat keuntungan?

Terima Kasih.

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab persoalan sdr Hasry dengan kadar kekurangan dan kemampuan yang ada, Insyaallah.

ESOS atau Employee Share Option Scheme atau Skim Opsyen Saham Kakitangan ialah satu skim yang memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk memiliki saham syarikat dan mendapat faedah daripada potensi ganjaran yang tersedia sekiranya pasaran saham menjadi lebih tinggi daripada dari harga pasaran. Dengan kata lain, kemudahan bagi kakitangan syarikat memberi saham syarikatnya.

Pembelian saham menunjukkan kita merupakan sebahagian dari pemilik syarikat. Kita juga akan dibabit atas aktiviti-aktiviti syarikat. Kalau halal perniagaannya, baiklah sumbangan kita, begitulah sebaliknya. Hukum bekerja disyarikat kewangan seperti Bank sudahpun dijelaskan oleh Shiekh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi didalam Fatwa Masakini beliau, dimana dibolehkan bekerja di syarikat kewangan sedemikian atas sebab-sebab dalurat. Akan tetapi tidak membenarkan kita memiliki saham didalam syarikat tersebut.

Berbalik kepadaa isu apakah Insuran (التأمين) Konvensional halal?

Ulama' berpendapat bahawa semua insuran komersial pada hari ini statusnya haram.

Beberapa unsur yang menjadi Insuran Komersial haram sebagaimana yang di sebut oleh Sheikh Dr Sulaiman ibn Ibrahim al-Thaniyaan, Kolej Syariah Al-Qaseem , diantaranya :

(1) Kebanyakkan insuran komersial mengamal konsep riba, sama riba al-fadl (ربا الفضل) iaitu transaksi yang berdasarkan riba ataupun riba al-nas' (ربا النسأ ), iaitu bunga yang dikenakan jika pembayaran lewat.
(2) Cara perniagaan Insuran Komersial bebentuk judi (الميسر ), iaitu berdasarkan chances (nasib).
(3) Ia berbentuk tidak kepastian (uncertainty) atau gharar (غرر ).
(4) Insuran komersial menggunakan kekayaan orang secara tidak adil (أكل لأموال الناس بالباطل ).

Disini kami petik salah satu contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Ibn Jibreen didalam Fataawa Islamiyyah, 3/5 mengenai Insuran Komersial, contohnya Insuran komersial kereta :-

التأمين في نظري نوع من الغرر حيث إن الشركة قد تأخذ من بعض المُؤَمّنين أموالاً كل سنة ولا تعمل معهم شيئاً ، ولا يحتاجون إليها في إصلاح ولا غيره ، وقد تأخذ من البعض الآخر مالاً قليلاً وتخسر عليه الشيء الكثير . وهناك قسم من أهل السيارات قليل إيمانهم وخوفهم من الله تعالى فمتى أمّن أحدهم على سياراته فإنه لا يبالي بما حصل فيتعرض للأخطار ويتهور في سيره فيسبب حوادث ويقتل أنفساً مؤمنة ، ويتلف أموالاً محترمة ولا يهمه ذلك حيث عرف أن الشركة سوف تتحمل عنه ما ينتج من آثار ذلك ، فأنا أقول : إن هذا التأمين لا يجوز بحال لهذه الأسباب وغيرها سواء على السيارات أو الأنفس أو الأموال أو غيرها
"Menurut pandangan saya ia merupakan jenis perniagaan yang tidak ada kepastian (ambiguity)/gharar kerana syarikat mengambil wang dari beberapa pengguna setiap tahun dan mereka-mereka itu tidak terlibat didalam apa-apa tuntutan pembaikkan kereta dsb. Mereka mungkin mengambil sedikit dari beberapa pengguna dan rugi yang banyak didalam transaksi tersebut. Ada dikalangan mereka yang menguruskan kereta dengan Imam yang lemah dan tidak takut kepada Allah, dan apabila kereta mereka diinsurankan mereka tidak prihatin apa yang berlaku, maka mereka mendedahkan diri mereka kepada bahaya dan pemanduan yang tidak selamat. Dan mereka mungkin menyebabkan kemalangan dan membunuh nyawa-nyawa dan memusnahkan harta benda yang dikawal oleh syariah. Mereka tidak prihatim terhadap itu semua oleh kerana syarikat insuran akan mengendalikan kos tersebut. Saya mengatakan bahwa Insuran tidak dibolehkan berdasarkan alasan diaats dan lan-lain, samada insuran kereta, nyawa, harta-benda dsb."

Menyedari akan hukum diatas maka, saham didalam syarikat Insuran komersial juga hukumnya haram. Menurut Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi :-

لا يجوز للإنسان أن يساهم في شركات التأمين التجاري ؛ لأنَّ عقود التأمين المشتملة على الغرر والجهالة والربا محرَّمة في الشريعة الإسلامية
"Tidak dibenarkan membeli saham di syarikat insuran komersial, kerana polisi insuran melibatkan gharar (ambiguity) dan ruba, perkara yang diharamkan didalam Syariah Islam" -[Fataawa Islamiyyah. 2/43 ]

Kesimpulannya ialah ESOS ini akan melibatkan kita terlibat sama-sama didalam perniagaan yang berbentuk riba dan gharar yang dilarang didalam Islam. Eloklah kita sebagai orang Islam mengelakkan daripada menjadi rakan kongsi pada syarikat berkenaan. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment