Feb 6, 2009

Boleh tak bayar riba Loan dgn duit yang diragui?

Salam

Ustaz, saya ada membuat conventional loan untuk rumah, dan riba yang perlu di bayar tiap2 bulan agak besar >RM700, tidak termasuk duit pokok..

1) adakah dibolehkan saya menggunakan keuntungan duit yang diragui halalnya bagi membiayai faedah atau riba bank tersebut?

Duit tersebut katakan saya memperolehinya dari forex dan program autosurf..

2) Sekiranya tidak dibenarkan, apa harus saya buat dengan duit tersebut..?

3) Adalah forex itu sebenarnya haram? Saya baca di halaman fatwa mufti perak mengharuskannya http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

*****************
thtl

Wassalam

alJawab:

Bila sesebuah negara itu sudah ditawarkan perbankan syari'ah dan produk2 pembiayaan berasaskan syari'ah, maka warga Islam tidak lagi dibenarkan mengambil perbankan konvensional. Ini kerana dharurat sudah terangkat.

1. Tidak boleh kita melupuskan riba dgn wang haram atau syubhah kerana riba itu hendaklah ditinggalkan. Dalil: AQT 2: 278 (dan tinggallah sisa riba jika kamu beriman)

2. Duit yg diperolehi dari perdagangan forex dan autosurf hendaklah didermakan kepada jalan ALlah tapi tidak boleh digunakan utk kegunaan peribadi hatta utk melupuskan baki pinjaman riba.

3. Sudah dijelaskan oleh UZAR dalam ruangan soaljawab ini (sila browse..
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29510&sid=4322cf9ff4415b59da91711e8ff2ec1f

0 comments:

Post a Comment