Jan 30, 2009

Riba atau tidak

assalamuallaikum

soalan ini dikemukan kepada saya oleh saudari/ra Samurah dari Thailand:

Persoalan:

1. Pinjaman membeli rumah misalnya:

Si A: Datang dengan membawa usul untuk membeli rumah Z bernilai RM100,000.00.

Bank membeli Rumah Z dengan harga yang tersebut lalu dijual kepada A dengan harga RM200,000.00 secara ansuran.

APAKAH HENDAK DISEBUTKAN TAMBAHAN RM 100,000.00 ?

Kerana A tahu harga rumah berkenaan dibeli dengan harga RM100,000.00 dan memang 'market value' pada saat itu adalah nilaian tersebut ?

HARAP JELASKAN DENGAN NASH AL QUR'AN ATAU Sunnah SAW dan bukan pendapat pakar ekonomi hatta ulamak Fekah MELAINKAN DENGAN FAKTA SUNNAH.

2. Bank tertentu menjalankan PERBANKAN ISLAM diwaktu yang sama juga berurus niaga dengan sistem Riba.

Harap jelaskan menafikan Sunnah tentang larangan bekerjasama ( bercampur aduk adanya HAK-BATHIL ) dengan pengamal Riba' mengikut Sunnah dan bukan pendapat pakar ekonomi hatta ulamak Fekah MELAINKAN DENGAN FAKTA SUNNAH.

Semuga penjalasan saudara akan memberikan manfaat yang berguna buat semua umat Islam,InsyaAllah.

Jazakallah Khairan Kathira.

Wasallam.

*************
rofile Send private message Visit poster's website
thtl

Wassalam

Jawab:

1. Urusniaga BBI (Bai Bithaman ajil) ini tiada dalil dari alQur'an atau asSunnah melainkan dari istimbat hukum oleh pakar2 mujtahid. Ini kerana di zaman salaf assoleh, belum ada sistem perbankan, agen hartanah dan pembiayaan pakej perumahan yg melibatkan ratusribuan ringgit. Sumber hukum Islam ini bukan terhad pada alQur'an dan Sunnah sahaja, tapi boleh juga dari sumber Ijma', Qias, istiqra',istihsan, masoleh mursalah, dan ijtihad. Metode pembiayaan BBI ini diputuskan oleh panel syari'ah perbankan Islam baik di Malaysia ataupun di negara lain. Cuma isunya kenapa perbankan Islam mengenakan kadar keuntungan BBI yg tinggi atau kompetitif spt Bank Ribawiyah yg lain. Itu susah kita nak jawab di ruang ini.

2. Dwi-Sistem merupakan produk yg lumrah di kebanyakan watan Islam hari ini. Ini bermakna umat Islam masih terjajah. Namun tidak salah sebagai langkah pertama ke arah Islamization (Islamisasi) menurut Prof Dr alQaradawi. Ini kerana Islam itu agama fitrah yakni bertahap dalam pelaksanaan sistem dan perundangannya. Tuntutan supaya kembali sepenuhnya kepada Islam tanpa kompromi itu adalah yg ideal, tapi waqe' atau realiti adalah sebaliknya. Wbmnp, pertembungan aliran idealisme dan aliran bertahap ini terus menghantui masyarakat Islam di seluruh watan mereka baik dari Morocco, Asia Barat, Pakistan, hingga ke Nusantara. Aliran sederhana dan bertahap ini selalunya mewakili pemerintah, manakala aliran keras tanpa kompromi ini datangnya dari pembangkang atau gerakan Islam. WA

0 comments:

Post a Comment