Feb 2, 2009

Bayaran Fidyah

Soalan:

Salam

Ada sikit kemusykilan:

Kalau tinggal puasa kerana sbb2 yg dibenarkan pada Ramadhan tahun 1420 Hijrah, maka wajib menggantikannya semula sebelum Ramadhan tahun 1421 .Sekiranya pada Ramadhan 1421 masih juga belum ganti puasa maka mengikut mazhab Shafi'e fidyah akan dikenakan sebanyak 1 cupak sehari sehingga Ramadhan 1422.Fidyah akan terus berganda sekiranya puasa masih juga belum digantikan pada tahun tersebut atau tahun-tahun berikutnya.

Soalan:- Sekiranya puasa yang ditanggalkan pada Ramadhan tahun 1420 hanya diganti pada tahun 1422 tetapi fidyah tidak dibayar pada tahun tersebut, adakah pada tahun berikutnya jumlah fidyah akan bertambah? :confused:

Jawapan:

g@y@t

Salam

Benar bahawa mazhab syafi'i mewajibkan fidyah. Ini juga merupakan pendapat mazhab Hambali dan sebahagian sahabat.

Namun, Dr Yusuf qaradhawi dalam fatawa muasirah ketika menjawab soalan umpama ini mengatakan bahawa pendapat yg tepat ialah tidak wajib membayar fidyah krn tidak terdapat sebarang dalil dari al-Quran ataupun hadis mengenainya. Walaupun begitu, jika hendak melakukan fidyah itu lebih baik. WA.

Wassalam
_________________
Qadak Puasa Ramadan Sehingga Datang Ramadan Yang Berikutnya

Soalan:

Saya telah membuka puasa saya beberapa hari pada bulan Ramadan kerana keuzuran. Saya tidak sempat menggantikannya sehinggalah datang bulan Ramadan berikutnya. Apakah hukumnya? Adakah saya diwajibkan menggantikannya atau membayar fidyah? Saya berasa syak pada bilangan hari yang saya tinggalkan. Apa yang patut saya lakukan untuk menghilangkan kesamaran dan was-was agar puasa saya diredai Allah?

Jawapan:

Setengah-setengah Imam mengatakan wajib ke atasnya menggantikan puasanya dan membayar fidyah iaitu memberi makan fakir miskin seorang sehari mengikut hari yang ditinggalkannya. Makanan itu mengikut kebiasaan sesebuah negeri, iaitu makanan asasinya. Satu cupak sama sukatannya dengan setengah kilogram atau lebih sedikit.

Pendapat ini mengikut mazhab Syafii, Hambali dan sebahagian sahabat. Adapun imam-imam yang lain tidak mewajibkannya.

Secara keseluruhannya, jika perkara seperti ini berlaku, wajiblah diqadak sahaja. Memberi makan fakir miskin atau membayar fidyah adalah lebih baik, jika tidak melakukannya tidak menjadi kesalahan, insya-Allah, kerana Nabi tidak mengesahkan hal seumpama ini.

Adapun jika syak bilangan hari puasa yang ditinggalkan tersebut, ikutlah kebiasaan syaknya atau dengan yakin...

Untuk menenangkan hati serta menyelamatkan puasanya dan agama, hendaklah dia berpuasa lebih daripada hari yang sepatutnya dia gantikan. Baginya pahala terhadap puasa yang ditambahnya.

Dari Fatwa Muasyirah…. Dr Yusuf Qardhawi

_________________
MENGQADHA PUASA RAMADHAN

Menqadak puasa Ramadan tidaklah wajib menyegerakannya, wajibnya ialah dengan diberi keleluasaan waktu, dimana ada kesempatan. Demikian pula dengan kafarat.

Telah diperoleh berita yang sah dari Aisyah, bahwa ia menqadhak ketinggalan puasa Ramadhannya di bulan Sya'ban dan tidak diqadhaknya dengan segera padahal ia sanggup melakukannya.

Menqadhak, sama saja halnya dengan ada’ atau melakukan puasa biasa, artinya siapa yang meninggalkannya beberapa hari, hendaklah dibayarnya sebanyak hari itu tanpa tambahan. Hanya perbedaannya ialah bahwa menqadhak tidak perlu terus-menerus, berdasarkan firman Allah Ta'ala yang artinya:

"Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan, hendaklah digantinya pada hari-hari yang lain!"

Maksudnya ialah barangsiapa yang jatuh sakit atau pergi musafir, hendaklah ia berpuasa sebanyak hari-hari yang tidak dipuasakannya, baik secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Dalam hal ini Allah memberi kebebasan dan tidak memberi kaitan dengan mewajibkannya secara berturutan.

Diriwayatkan dari Daruquthni yang diperolehi dari Ibnu Umar ra. bahwa Nabi saw berpesan mengenai mengqadhak puasa Ramadhan- .

Artinya:

"Jika ia suka, dilakukannya secara terputus-putus, dan jika tidak, maka secara terus menerus. "

Dan jika seseorang menangguhkan qadhak hingga datang bulan Ramadhan lagi, hendaklah ia mempuasakan bulan Ramadhan yang baru, dan setelah itu hendaklah ia mengqadhak hutangnya yang lalu.

Ia tidaklah wajib membayar fidyah, baik penangguhan qadha itu karena disebabkan adanya halangan atau tidak. Demikian adalah madzhab Hasan Basri dan golongan Hanafi.

Mengenai Malik, Syafi'i, Ahmad dan Ishak, mereka sependapat dengan golongan Hanafi bahawa tidak wajib membayar fidyah jika penangguhan disebabkan adanya halangan.

Tetapi mereka berlainan pendapat dengan golongan Hanafi jika penangguhan itu bukan karena sesuatu halangan. Kata mereka hendaklah ia berpuasa pada bulan Ramadhan ini, kemudian mengqadhak hutangnya sambil membayar fidyah dengan memberikan makanan sebanyak satu gantang untuk tiap-tiap hari yang ditinggalkannya.

Dan dalam hal ini mereka tidaklah mengemukakan dalil yang dapat dipakai sebagai hujjah atau alasan.

Maka yang kuat, ialah madzhab golongan Hanafi karena tanpa keterangan yang sah, sesuatu syariat tak dapat diterima.

Fiqih sunnah Sayyid sabiq

www.bicaramuslim.com

0 comments:

Post a Comment