Feb 24, 2009

Hak Amil Menerima Zakat

Salam ustaz..pertama-tamanya&buat selama-lamanya ana bersyukur pada Allah Taala kerana diberi kesempatan untuk bertanya soalan mengenai hukum hakam zakat.ana juga memohon maaf andai ana mengganggu kerja ustaz...

Disini saya ingin kemukakan situasi keadaan mengenai hak amil sebagai salah satu golongan yang berhak menerima zakat.Situasinya : Ahmad merupakan seorang pekerja di Pusat Zakat Negeri sebagai Pegawai zakat merangkap amil kutipan zakat harta,beliau telah dibayar gaji sebanyak RM1100 sebulan.Namun begitu,haknya sebagai seorangamil zakat untuk memperolehi hak sebagai golongan asnaf zakat sebanyak 1/8 dinafikan disebabkan beliau telah dibayar gaji bulanan.Persoalannya di sini,adakah memang benar bahawa beliau tidak layak untuk menerima zakat atas tiket AmilZakat disebabkan beliau telah dibayar gaji?Apakah hukum sebenar hak sebagai Amil Zakat?Apakah takrif sebenar Amil Zakat sehingga melayakkan beliau berhak menerima zakat selaku Amil yang telah dipertanggungjawabkan oleh majikan di sisi agama?
ana harap ustaz sudi menjawab persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya ini..terima kasih ana ucapkan di atas budi baik ustaz dalam memberi kefahaman yang jelas kepada ana.mudah-mudahan usaha ustaz akan mendapat ganjaran daripada Allah Taaala..

*******************
Jawapan:
Ust Hilmi Alfikrah.net:

Amil adalah 1 asnaf daripada 8 asnaf yang termaktub dalam syarak daripada nas qati'nya, surah Taubah, ayat 60, Allah Taala berfirman:

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.

Maksud amil, terdapat beberapa tafsiran sebab skop dalam soalan agak kecil, sekadar kutipan sahaja.

Imam Tabari r.h, menyebut: amil-amil ialah mereka yang membawa zakat daripada pemberinya, dan mengagihkannya kepada orang-orang yang layak menerimanya, biarpun dari mereka adalah orang kaya atau miskin. (Tafsir Tabari, 14/310).

Imam Baghawi r.h pula menambah, mereka diberi zakat sebagai upah terhadap pekerjaan itu (iaitu sebagai amil-pen). (Tafsir Baghawi, 4/63)

pendapat fiqh menyatakan amil zakat diberi zakatnya kerana tugas mereka itu, biarpun kaya atau miskin, antara menyokongnya ialah Ibn Rusyd (Bidayatul Mujtahid, 1/231), dengan sebab, ia telah termaktub dalam nas dan memberi faedah kepada amil yang dilantik (ibid).

Ulama kedua, menyokong pandangan ini ialah Syeikh Ibn Uthaimin r.h, menyebut:

العاملون على الزكاة مستحقون بوصف العمالة ، ومن استحق بوصف أعطي بقدر ذلك الوصف ، وعليه فيعطون من الزكاة بقدر عمالتهم فيها ، سواء كانوا أغنياء أم فقراء ، لأنهم يأخذون الزكاة لعملهم لا لحاجتهم

(lihat: Majmuk Fatawa Ibn Uthaimin, 18/331)

Amil ialah mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk tugasan zakat, baik mengumpul atau mengagihkannya. (lihat: ibid)

Definisi lain untuk amil ialah, mereka yang dipertanggungjawabkan ke atas zakat, dan mengumpulnya daripada pemilik-pemilik harta, dan mengagihkannya kepada asnaf-asnafnya setelah diauthorizekan oleh pemerintah. (rujuk: Mausu'ah Fiqhiyah, 2/10543)

Imam Syaukani dalam Nailul Autar menyebut perihal ini, disebabkan tugasan mereka, maka berhak ke atasnya menerima zakat, biarpun jika diniatkan sebagai pemberian itu sebagai sedekah kerana bukanlah ia syaratnya. (Nailul Autar, 6/454)

konteks ini luas untuk zakat kerana mereka bertugas dalam urusan zakat, bukan semata-mata zakat fitrah dimana amil-amil memang dilantik dalam musim Ramadhan. Pendapat ini diambil daripada Syeikh Al-Qardhawi. (Lihat: Fiqh Zakat, 2/52)

isu diatas telah dijawab oleh Syeikh Uthaimin r.h dalam situasi andai amil termasuk dalam asnaf yang diperuntukkan zakat seperti dia adalah asnaf miskin, beliau menyebut:

فإن قدر أن العاملين عليها فقراء ، فإنهم يعطون بالعمالة ، ويعطون ما يكفيهم لمدة سنة لفقرهم . لأنهم يستحقون الزكاة بوصفين العمالة عليها والفقر ، فيعطون لكل من الوصفين، ولكن إذا أعطيناهم للعمالة ولم تسد حاجتهم لمدة سنة ، فنكمل لهم المؤونة لمدة سنة ، مثال ذلك: إذا قدرنا أنه يكفيهم لمدة سنة عشرة آلاف ريال ، وأننا إذا أعطيناهم لفقرهم أخذوا عشرة آلاف ريال ، وأن نصيبهم من العمالة ألفا ريال ، فعلى هذا نعطيهم ألفي ريال للعمالة ، ونعطيهم ثمانية آلاف ريال للفقر .

(Lihat: rujukan di atas, Majmuk Fatawa Ibn Uthaimin)

Maka, berhak ke atas amil menerima bahagiannya daripada zakat, bukan gaji, dan ini disokong dalam persidangan Simposium Masalah Zakat Semasa Kali Ke-3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Zakat Kuwait seperti dibawah:

Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagihan harta zakat.

Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka diberi kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau oleh masyarakat Islam untuk membuat pungutan dan pengagehannya serta melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan zakat seperti mengajar masyarakat tentang hukum zakat, menerangkan tentang sifat-sifat pemilik harta yang wajib dikeluarkan zakat dan golongan-golongan yang berhak menerima zakat, memindahkan, menyimpan, menjaga, mengembangkan serta memanfaatkan harta zakat.

Amil-amil zakat berhak mendapatkan imbuhan dari kerja mereka iaitu dari bahagian golongan amil zakat yang diberikan oleh pihak yang melantik mereka dengan kadar tidak lebih dari upah yang sama dengannya walaupun mereka bukan dari kalangan orang-orang fakir dengan mengambil kira bahawa jumlah wang yang dibayar untuk semua amil zakat, persiapan dan pembiayaan pengurusan pejabat tidak lebih dari satu perlapan dari hasil pungutan zakat (12.5 %).
_________________
hilmi07.al-fikrah.net

jawapan tepat dalam konteks di Malaysia, setelah merujuk beberapa kenalan yang bekerja di pusat zakat mahupun yang ada akses ke pusat zakat & majlis agama islam (terima kasih Ust Al-Ansar kerana tunjuk jalan ke pusat zakat tempat enta, bila mau jadi panelis di sini?) ialah ditetapkan gaji ke atas amil dan tidak menuntut lebih dari itu kerana peruntukan zakat ke atas asnaf amil telah dimasukkan dalam operasi pengurusan zakat.

Pandangan ini diambil daripada Imam Nawawi r.h,

وأما العامل فاستحقاقه بالعمل.
فإن شاء الإمام بعثه بلا شرط ثم أعطاه أجرة مثل عمله
وإن شاء سمى له قدر أجرته أو جعالة ويؤديه من الزكاة
ولا يستحق من أجرة المثل

Adapun hak/upah amil itu adalah mengikut kadar kerjanya. Pihak Imam (pihak yang dipertanggungjawabkan tentang agama) boleh (sah) mengutus Amil untuk memungut zakat tanpa apa-apa syarat kemudian setelah selesai kerjanya, diberikan upah mengikut upahan bagi kerja-kerja yang seumpamanya. Dan jika pihak yang berkenaan hendak menetapkan pembayaran itu sebagai gaji terhadap kerja yang dijalankan atau seumpama satu perjanjian upah bagi kerja yang dijalankan bolehlah diambil dari harta zakat. Dan para amil tidak berhak menuntut lebih dari itu.

(rujukan: روضة الطالبين, 2/327)

dengan ini, pandangan awal sebelumnya dimansuhkan sebab tidak masuk dalam konteksnya setelah meneliti situasi di Malaysia.. والله أعلم
_________________
hilmi07.al-fikrah.net

5 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz.
Tolong perbetulkan sekiranya saya salah.
Pada pendapat saya AMIL yang dimaksudkan adalah orang yg BERAMAL terhadap anak-anak yatim, fakir (spt OKU, org-org tua, yg memerlukan bantuan. Contoh disini adalah penjaga anak-anak yatim di rumah kebajikan seperti puan hajah Norlina Alawi yg menjaga, mengurus, membesarkan anak-anak yatim, HIV dsb nya. Beliaulah contoh sebenar AMIL yang sepatutnya mendapat bantuan zakat.

dari Ahmeng

Sarah said...

I’m a new pertaining to almost all of the articles or blog posts, My spouse and i definitely savored, I'd personally genuinely like additional files with regards to this specific, since it can be okay., Congratulations for the purpose of putting up.Help Poor People

Anonymous said...

Salam ustaz
Bagaimana dengan "tips" yang diberikan kepada Amil. Contoh zakat RM7 pembayar hulur duit RM10, bakinya tu kata pembayar zakat keep the changes. Jadi apa hukumnya

meoww said...

Kene lihat niat pembayar zakat

meoww said...

itu bukan amil, tapi wali

Post a Comment