Feb 6, 2009

Jual beli kucing

Assalamualaikum..ana nak bertanya ttg hukum jual beli kucing adakah dibenarkan dalam islam

*******************
kamin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr tombek dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama' khilaf didalam hukum menjual-beli kucing, ada yang menghalalkannya dan ada yang mengharamkannya.

Dari Abu al-Zubair berkata :-

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ : زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ .
"Aku bertanya Jaabir mengenai harga anjing dan kucing. Beliau berkata : Nabi saw memberitahu kami untuk tidak melakukannya" [Riwayat Muslim #1569].

Dari Jaabir ibn Abdullah ra. berkata :-

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
"Rasulullah saw melarang mengenai harga anjing dan kucing" [Hadith riwayat Abu Daud #3479, al-Tirmudzi #1279, dikelaskan sebagai sahih oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani didalam Sahih Abi Daud]

Terdapat dikalangan mereka yang mengatakan bahawa hadith ini dhaef. Menurut Imam al-Nawawi rh,. al-Khattabi dan Ibn Mundhzir mengatakan hadith ini dhaef, akan tetapi beliau mengatakan ini merupakan suatu kesalahan kerana hadith didalam Sahih Muslim mempunyai sanad yang sahih. (al-Majmu', 9/269).

Ibn al-Qayyim ra. mengatakan bahwa sudah pasti haram menjualnya kerana ini merupakan fatwa Abu Hurairah ra. dan juga pandangan Tawoos, Mujaahid, Jabir ibn Zayd dan semua ulama2 Zaahiri dan ini merupakan salah satu dari dua pandangan dari Imam Ahmad. Pandangan yang benar adalah hadith2 ini sahih dan tidak ada dalil yang bertentangan, maka pandangan inilah yang mesti dipegang. (Zaad al-Ma'aad, 5/733).

Berikut adalah pandangan al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi berkenaan dengan penjualan kucing :-

لا يجوز بيع القطط والقردة والكلاب وغيرها من كل ذي ناب من السباع لأن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ذلك ، وزجر عنه ولما في ذلك من إضاعة المال ، وقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن ذلك
"Tidak dibenarkan menjual kucing, monyet, anjing atau lain-lain binatang dari kalangan yang bertaring kerana sesungguhnya Nabi saw melarang melakukan demikian, dan kerana ia merupakan pembaziran wang ringgit. maka Nabi saw telah melarang perkara yang sedemikian" -(Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah 13/37).

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

sudah jelas2 haram hukmnya menjual anjing,kucing tapi kenapa masih banyak yg jual beli ya?apa krn keuntungannya gede ya

Post a Comment