Jan 29, 2009

Pekerja yg tidak Amanah

Assalamualaikum…

Seseorang guru merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja dan dibayar gaji oleh pihak kerajaan mengikut jumlah waktu, dan masa yang telah ditetapkan….

Soalannya… jikalau guru tersebut tidak mematuhi waktu dan masa tersebut, bukankah dia telah dikira melanggar amanah? Dan adakah disebabkan itu, maka gaji yang diterimanya juga adalah haram? Jika ya, kepada siapakah dia harus memohon maaf atas kesalahan tersebut?

*******************
thtl

Wassalam

Ayat2 alQur'an mengenai menjaga amanah adalah banyak sekali, begitu juga peringatan Nabawi asysyareef. Misalnya dalam surah alMukminuun ayat 1 dan 8 :" sesungguhnya beruntunglah orang2 yg beriman..yaitu orang2 yg memelihara amanah2 dan janjinya." terjemahnya

Kasus (kes) yg anda kemukakan itu boleh jatuh dalam dua keadaan: sengaja atau cuai. Maksud sengaja ialah dengan sengaja melanggar amanah yg dipikul- Ini kes berat, dan satu lagi keadaan yg lumrah ialah cuai atau tidak sedar. Cth: Suami cuai dalam amanah sebagai kepala keluarga, isteri cuai dalam memikul amanah isteri dan ibu; pekerja cuai dlm memikul amanah kerjayanya termasuk profesi guru2 yg kekadang cuai dalam memikul amanah perguruan. Jika cuai atau tidak sedar ia dinamakan dosa2 kecil. Dalilnya: "jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yg terlarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus dosa2 kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yg mulia. (anNisaa': 31)
dari Ibn Masood ra, "jauhilah dosa2 kecil kerana jika ia telah bertimbun pada seseorang, maka ia akan merosakkan orang lain."

Jadi prestasi guru itu spt juga kerjaya yg lain akan disukat melalui penilain prestasi tahunan (annual appraisal), ia akan menyukat prestasi pada standard yg ditetapkan oleh Boss atau pegawai penilai, dan diwaktu yg sama ia hendaklah ada sistem kawalan dalaman (rasa taqwa) utk bertanggungjawab di hadapan Allah swt. Jika ada kecuaian dan kelalaian dalam tugas, maka istighfarlah dan tingkatkanlah prestasi dan mutu kerja anda. Maka jika begini, rezki perguruan itu Halal. (Prof Dr Muhammad alGhazali, Jaddid Hayaatak (perbaharuilah hidupmu) WA

0 comments:

Post a Comment