Jan 31, 2009

Edar tabung derma masa khutbah

Ana ada dengar ada sesetengah ahli agama yg mengatakan tindakan mengedar tabung derma masa khatib baca khutbah hari Jumaat adalah satu tindakan yg salah. Tak boleh katanyer.. :fuhh tak tau le plak tak boleh atas alasan apa. Lebih2 lagi tak boleh sebab guna anak yatim kutip derma tu. Ada tak dalil2 yg dapat menjelaskan tentang perkara ni?

*************************
thtl

Jawab:

Setakat yg kita tahu tiada larangan secara direct (langsung) melarang kutipan derma semasa khutbah Juma'at atau pengedaran peti derma semasa khutbah.

Cuma jika kita menggunakan Fiqh Maqosyid Syara' (Fiqih rahsia disebalik hukum2 syara') maka kita akan boleh nampak betapa kerasnya peringatan RasuluLlah SAW supaya memberi penumpuan terhadap khutbah. Dari segi fiqh maqosidnya kita hendaklah menghindari segala gangguan yg menjejaskan penumpuan pada khutbah.

Kita lihat dalil-dalilnya:

HR Muslim," sesiapa yg bermain anak batu ketika khutbah dibaca, maka sia-sialah pahala Juma'atnya pada hari itu."

HR Bukhari-Muslim," apabila anda berkata diam kpd kawan anda ketika khatib sedang berkhutbah. maka anda telah melakukan lagha."

HR Ahmad dan Abu Daud," barangsiapa melangkah bahu2 manusia dan berbuat yg sia-sia, maka baginya solat zuhur." Hasan sanadnya (Albani)

Adapun dalil alQur:an (al_A'raf: 204)," apabila dibacakan alQur:an, maka diamlah serta dengarlah bacaannnya"

Jumhur menetapkan diam ini juga meliputi khutbah Juma'at kerana di dalamnya terdapat ayat2 alQur:an.

Dari dalil2 ini jelaslah pengedaran peti2 derma atau pengutip derma yg diedarkan atau yg menjalankan kutipan semasa khutbah adalah mengganggu ketenteraman jama'ah dalam banyak hal.

Penyelesaian:

Derma kpd mesjid hendaklah dilakukan sebelum khutbah atau selepas solat. Langkah yg lain memperbanyakkan peti derma disegenap pelusuk mesjid atau mencari dan menyenaraikan penderma yg tetap dari badan swasta atau hartawan...
(Ruj: Prof Hayei Abd Syukur, Akademi Islam UM, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Masail 1001 Kemusykilan Agama). WA

0 comments:

Post a Comment