Feb 8, 2009

Bank Islam Dan Konvensional

Assalamualaikum.

Saya ingin meminta penjelasan. Di Malaysia ni kita ada bank yang menawarkan kedua-dua sistem Islam dan knovensional. Contohnya AmBank dengan sistem Islamnya AmISlamic bank, BCB dan BCB Tijari dan sebagainya. Persoalannya, bolehkah kita membuka akaun menggunakan sistem Islam (contohnya BCB Tijari) di bank-bank ini memandangkan bank ini ada melakukan urusan konvensional. Walaupun kita membuka akaun secara Islam di bank ni, saya bimbang keuntungan yang bank tersebut perolehi daripada simpanan kita dalam sistem Islam(melalui pelaburan wang simpanan kita) akan membantu bank dalam urusan riba'nya dalam sistem konvensionalnya.

Harap dapat penjelasan. Terima kasih.JazakAllah khair

***********************
thtl

Wassalam

alJawab:

Kalau kita nak ikutkan formula anda itu, maka satu-satunya bank yang tulin ditubuhkan menurut akta Perbankan Islam 1983 ialah Bank Islam Malaysia Bhd ajelah...

Manakala bank2 yang anda sebutkan itu adalah hasil dari liberalisasi lesen perbankan Islam di mana Bank Negara meluluskan lagi beberapa lesen perbankan Islam kepada Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) dan Bank Mu'amalat. Manakala bank konvernsional yang lain diberi lesen Bank Islam sebagai salah satu anak syarikatnya. Cth: AMIslamic Bank adalah anak syarikat AMBank Group. Bank Tijari adalah anak syarikat BCB Group.

Kalau kita lihat kertaskerja penubuhan perbankan syari'ah oleh bank-bank konvensional, kita dapati anak syarikat itu setelah diberi peruntukan dana oleh Perbankan Kumpulan, maka ia ditadbir urus secara berasingan dari Kumpulan. Tapi Consolidated revenue atau pendapatan kumpulan akan diisytiharkan bersama Ini hanya syarat dalam lapuran tahunan syarikat kepada pelabur dan Bursa Malaysia.

Maka jika anda ingin merasa tenteram jiwa anda, maka langkah terbaik ialah hanya berurusan (simpanan, pelaburan dan pinjaman) ialah dengan Bank Islam yg asal iaitu Bank Islam Malaysia Bhd sahaja.
Tapi dari segi keharusan, anda sebenarnya boleh berurusan dengan semua perbankan syari'ah di negara ini. Ini kerana perbankan Islam adalah masih baru dan masyarakat Islam belum betul2 sedar akan hal ini, walaupun kita amat berhajatkan kebersihan dan kahalalan tulin dalam ekonomi kita, Bank Negara dan KWSP pun masih belum diurus secara syari'ah sedangkan ia adalah induk kepada sistem ekonomi negara ini. Bank Negara misalnya adalah payung dan induk kepada seluruh aktiviti perbankan, manakala KWSP adalah induk kepada simpanan terbesar rakyat Malaysia.

Jadi sebagai langkah pertama, jika majoriti umat Islam berurusan dengan mana-mana perbankan syari'ah pun sudah amat memadai sebagai langkah pertama. Jadi kita tidak boleh rigid dan terlalu mendetail memandangkan realiti fiqh albunuk alIslami (fiqih perbankan Islam) yang masih baru menapak dan membina fiqihnya di negara kita. sekian

1 comments:

tempayan said...

"Ah Long berlesen sekarang pun guna akad jual-beli bank syariah (Bai Inah) untuk beri islamic financing kepada golongan Islam (rujuk Harian Metro). Tapi mereka caj 20%-30% sebulan, berbanding bank syariah yang cuma caj 7%-15% setahun.

Adakah kerana aqad, maka segala-gala bayaran tambahan ini menjadi halal? Adakah Islam membenarkan pengambilan untung sesuka hati, tanpa mengira samada ia menindas pembeli atau tidak?

Jika benar halal, mengapa ramai orang merungut bila harga air suam naik kepada 80 sen, ayam naik kepada RM8 sekilo dan sebagainya, hingga wujud undang-undang menghalang peniaga meletak harga sesuka hati? Dalam islam, patuh kepada pemerintah juga merupakan salah satu saranan yang perlu dipegang teguh.
Menghalalkan cara aqad jual-beli bank syariah, samalah seperti menghalalkan perbuatan Ah Long berlesen.

Lebih lebih lagi bila profit di mark-up dan berubah ubah mengikut tempoh ansuran, tanpa melibatkan sebarang usaha atau pertukaran barang, walaupun untuk transaksi barang yang sama. Contoh, kalau tempoh bayaran balik 15 tahun, harga jualannya xx. Kalau tempoh 30 tahun, harganya 3xx. Bukankah Islam melarang sistem jual-beli yang meletak harga jualan berubah-ubah (2 harga berlainan) untuk transaksi barang yang sama?

Ada majlis penasihat pun, adakah mereka ini bekerja secara full-time di bank syariah? Atau sekadar penasihat part-time sahaja, yang datang meeting ke bank sekali-sekala, sedangkan full-time bekerja di jabatan agama atau universiti Islam? Bila agaknya mereka memantau perjalanan & operasi bank syariah? Banyak orang tertindas dan ditinggalkan dalam keadaan berhutang dalam sistem islamic financing ini. Pernahkah mereka ini turun padang? Sejauh mana ilmu mereka tentang kewangan pula? Bolehkah mereka jelaskan, mengapa baru sekarang aqad jual-beli islam diperkenalkan, sedangkan ia sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi? Bank Islam pun sudah wujud lebih 30 tahun lamanya. Mengapa baru sekarang wujud aqad aqad sebegini? Atau sekarang baru dibenarkan "creative thinking" (sama spt creative accounting), dicipta bagi menghalalkan keuntungan berasaskan riba'?
Mengapa cara pengiraan harga jualan bagi personal financing & pembiayaan kenderaan berbeza dengan pembiayaan hartanah? Mengapa sistem pengiraan islamic financing, masih mengikut cara compounding interest? (rujuk pembiayaan hartanah).

Kenapa denda lewat bayar perlu dihadiahkan kepada fakir miskin / Baitulmal sekiranya ia benar benar halal dan merupakan profit kepada bank syariah
& shareholders mereka, sedangkan bank syariah sudah membayar zakat? Biasanya hanya wang tidak bersih yang perlu dihadiahkan kepada Baitulmal atau untuk kegunaan umat Islam keseluruhan. "

Post a Comment