Jan 29, 2009

Cyber Cafe Perisian Cetak Rompak

assalamualaikum,

saya ada beberapa persoalan, harap dapat jawapan dari untaz-ustaz sekalian.
Ia berkenaan dengan masalah perniagaan cybercafe. saya mempunyai beberapa set PC yang tidak digunakan, jadi saya mulakan perniagaan cybercafe secara kecil-kecilan.

Inilah situasi saya:

- Saya sediakan perkhidmatan internet, printing, chatting dsb.
- Saya juga memasukkan "Games" di setiap komputer (tak original)
- Kebanyakkan perisian (software) yang saya gunakan untuk setiap komputer tersebut adalah perisian yang tidak original (copy ) ...windows, games, dll ...

Persolan saya ialah:

- Yang pertama, Kebanyakkan penunjung yang datang (boleh dikatakan 95%), menggunakan komputer untuk bermain "Games" sahaja. Adakah saya dikira sama seperti pusat-pusat permainan video?
- Yang kedua, Adakah pendapatan saya HALAL berdasarkan situasi yang saya sebutkan di atas.

Penjelasan dari tuan-tuan amat saya hargai....

Terima Kasih...

*************************
pendekar


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara mfuzi . Berikut adalah jawapannya berdasarkan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada kami dan hasil perbincangan dengan Syeikh Soleh Hamdi As-Sisi ( ha ) .

Cyber Café ( مقهى إنترنت ) adalah sebuah pusat komputer yang menawarkan perbagai perkhidmatan perlbagai seperti perkhidmatan menaip ( khasnya kepada mahasiswa/I yang selalu menyiapkan assingment ) , percetakan , foto-copy , perkhidmatan “ chatting “ , perkhidmatan e-mel , perkhidmatan teknologi maklumat dan berita antara bangsa dan sebagainya . Itu adalah sekilas pandangan terhadap apa yang dinamakan sebagai “ Cyber Café “ .

1 – Hukum seseorang yang membuka cyber café pada asalnya adalah HARUS . Akan tetapi ianya boleh juga dikatakan sebagai FARDHU KIFAYAH apabila tiada langsung umat Islam yang menawarkan perkhidmatan tersebut sehingga menyebabkan umat Islam terpaksa mendapatkan khidmat daripada café – café yang dipunyai oleh orang-orang yang bukan Islam .

Maka hukum asal bagi masalah membuka cyber-café ini samalah dengan kes seseorang yang membuka taman rekreasi , iaitu HARUS .

Hukum HARUS ini akan tetap sedemikian selagi mana ianya tidak bertukar menjadi tempat yang menaja sebarang aktiviti maksiat dan selagi ianya tidak menyebabkan manusia itu lalai daripada melaksanakan tanggung-jawab mereka sebagai hamba-hamba Allah Ta’ala .

Demi mengelakkan sebarang maksiat dan lalai daripada mengingati Allah Ta’ala , maka hendaklah pihak bertanggung-jawab yang membuka cyber-café itu menyiarkan seruan azan sebagai tanda masuknya waktu solat ataupun pihak tersebut boleh sahaja menggunakan apa-apa sahaja cara ( selagi ianya harus ) yang boleh mengelakkan seseorang itu lalai daripada menunaikan tanggung-jawabnya sebagai hamba Allah Ta’ala , seperti ditampal poster-poster yang mengandungi peringatan .

Selain itu , pihak pengurus cyber-café juga hendaklah menegur mana-mana pengunjung yang lalai daripada menunaikan kewajipan solat ataupun yang sengaja menggunakan perkhidmatan internet untuk melayari web-web lucah ( pornografi ) .Caranya ialah dengan mengadakan iklan amaran , ataupun dipasang program pelindung ( protection ) yang mampu menyekat para pengunjung melayari web-web yang tidak bermoral itu .

Ini penting , demi memastikan duit yang didapati itu tidak dijangkiti oleh “ virus-virus syubhat mahupun haram ! “ 

Dan alangkah baiknya jika ada cyber –café yang dibuka menyediakan juga kemudahan tempat solat ( musolla) bagi para pengunjungnya demi mengelakkan kelalaian daripada menunaikan kewajipan beragama .

Jika , ruang makan dan minum boleh disediakan , maka mengapakah pula tidak boleh disediakan sebuah musolla walaupun hanya mampu menampung jumlah 4-5 orang sahaja !?.

Pendek kata : “Hendak seribu daya, tak mahu , seribu dalih“.

Adapun masalah menggunakan program-program software yang “ cetak rompak “ maka hukum asalnya adalah HARAM kerana ia termasuk di dalam kategori MENGGUNAKAN HAK-MILIK ORANG LAIN TANPA IZIN TUAN ASALNYA @ MENYALAH-GUNAKAN HAK-CIPTA ORANG LAIN – إعتداء حقوق الغير


Kecuali , jika program-program itu dibuat oleh orang-orang yang memusuhi Islam dan menzalimi umat Islam , maka tatkala itu tidak mengapa untuk menggunakan program-program ciptaan mereka tanpa izin mereka ataupun melakukan “ copyright “ semula program-program mereka . Ini disebabkan hak-hak orang yang memusuhi Islam itu telah terbatal secara automatik apabila mereka terang-terang memusuhi umat Islam ataupun menzalimi umat Islam .

2 – Gaji saudara yang didapati hasil membuka cyber-café itu adalah [color=red] HALAL[/color] selagi saudara mampu memastikan bahawa tujuan dan wasilah yang saudara gunakan itu adalah sebagai salah-satu perkhidmatan awam dan selagi ianya tidak lari daripada kehendak syariat Islam .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

******************************
thtl

Wassalam

Tambahan:

Masalah penggunaan pirated software boleh mengundang padah di sisi perundangan bila pasukan penguatkuasa kementerian perdagangan dalam negeri dan HEP (Tan Sri Muhyiddin Yassin) membuat pemeriksaan mengejut (spot check) ke premis perniagaan (termasuk cyber cafe) yg menggunakan software. Ini kerana perjanjian dunia semakin hampir pada satu kesepakatan utk menguatkuasa anti-piracy law. Biasanya melalui hukum adat, penggunakan barangan bukan original dima'afkan utk peribadi, misalnya pelajar fotostat buku teks; tapi menyalahi etika jika dalam perniagaan kerana ia menggunakan hasil hakcipta utk tujuan komersil. WA :deal

1 comments:

mohammad nazrol ( NetOwn INTERNET CYBERCAFE) said...

Alhamdullilah.....terima kasih dengan penerangan,semoga Allah memberi pahala kepada ustaz

Post a Comment