Feb 2, 2009

Derma Tipu

Soalan:

Salam

Jika kita menderma kepada masjid, inshaallah pahala yg kita dermakan akan sampai kepada kita walau pun kita telah meninggal dunia selama mana masjid tsbt digunakan, sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila meninggal anak adam maka putuslah segala amalan melainkan 3 perkara; Sedekah/Amal jahiriah, ilmu yg disampaikan dan anak yg soleh"

Bagaimanakah jika ada org yg mengutip derma utk masjid; tetapi mereka menipu menggunakan nama masjid. Memalsukan segala dokumen dan pengesahan seolah2 ianya kelihatan betul.

Adakah sedekah yg kita dermakan kpd org tersebut (tanpa mengetahuai ia menipu) akan menyamai pahala yg kita sedekahkan kepada pihak yg benar2 mengutip derma. (Adakah pahalanya tidak putus2)

Wallahualam; didahului dgn ucapan T.Kasih, Wassalam

Jawapan:

thtl

Wassalam

Perhatikan ayat ini: " dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." terjemah AQ 17: 29

Maksudnya: kita dah tahu zaman ini banyak sindiket penipuan, maka janganlah mudah nak menghulur, nanti kita akan menyesal. Maksudnya yg kita harapkan pahala tapi tak ada apa-apa.

Antara tips dari pihak Polis ialah:

1. Penderma mempamirkan surat kebenaran Majlis Agama yg original.

2. Pengutip derma membawa dan mempamirkan kad kuasa.

3. Mendapat permit Polis jika mengutip dalam kawasan dan taman2 perumahan.

4. Mengutip derma yg disahkan oleh Tuan Imam di mesjid anda. Derma itu diwartakan oleh mesjid kawasan anda.

Untuk mempastikan anda akan mendapat pahala yg tidak putus, carilah mesjid yg anda lihat sendiri projeknya dgn mata kepala anda dan anda mengenali AJK pengelolanya. Jika anda menetap di Selangor dan kutipan utk mesjid di Madras atau Selatan Thai atau Kelantan..ini was-was dan ia memerlukan permit dan dokumen yg sah. WA

0 comments:

Post a Comment