Jan 29, 2009

Harga jualan Barangan (untung maksima)

Assalamualaikum…

Benarkah terdapat larangan dalam Islam kepada para peniaga supaya menjual barangan mereka dengan mengambil keuntungan tidak melebihi 100 % daripada barang yang dijual? WA

***********************
thtl

Wassalam

Jawab:

Tidak ada larangan dalam penetapan kadar keuntungan supaya tidak melebihi 100%. Ada dua hadis yg menjadi dalil:

a. HR Bukhari (Fathul Bari: 6/632), Ahmad (Musnad: 4/376), Abu Daud (Sunan: # 3384); Termidzi (Sunan: # 1258); Ibn Majah (Sunan:# 2402 dari Urwah bin Ja'ad al Bariqi ra. Urwah diberi wang 1 dinar oleh Nabi saw dan baginda menyuruh Urwah membeli seekor kambing. Tapi dgn wang 1 dinar itu, Urwah berjaya membeli dua ekor kambing, Ditengah jalan dia menjual seekor kambing itu dgn 1 dinar. Dia membawa seekor kambing dan satu dinar kembali menemui Nabi saw dan menceritakan perbuatannya. Nabi saw bersabda," Ya Allah berkatilah akan Urwah dalam mu'amalatnya."

b. HR Bukhari (Sahih: # 3129) dari Zubair bin Awwam ra bahawa dia (Zubair) membeli sebidang tanah di daerah Awali Medinah dgn harga 170,000 ribu dirham dan menjualnya kembali dgn harga 9 kali ganda (1.5 juta dirham)
Dari dua dalil sahih ini tidak ada nas yg membataskan tahap keuntungan pada 100% ke bawah.

Komentar Hujjatul Islam alGhazali ra (Ihya: 2/72) berpendapat dasar bisnes yg ternbaik ialah IHSAN; yakni ambil untung yg rendah dan dapatkan untung dari segi volume jualan (sales volume). alGhazali menggunakan dalil hadis Bukhari dari Jabir ra," Semoga Allah merahmati peniaga yg mudah dalam menjual, (pembeli) yg mudah dalam membeli, orang yg mudah dalam menunaikan kewajiban dan mudah ketika menuntut hak." WA

0 comments:

Post a Comment