Jan 29, 2009

komisen dari jualan unit trust

Assalamualaikum ...

Berkenaan unit trust;

1) Adakah halal untuk menerima komisen daripada hasil jualan unit trust spt public mutual?

2) Bagaimana jika jualan itu adalah hasil dari dana yang diluluskan syariah spt public ittikal, tetapi syarikat yang membayar komisen adalah sama iaitu public mutual yang juga meniagakan dana yang tidak diluluskan syariah.

3) Adakah boleh melabur dalam dana cthnya public ittikal yang diakui mengikut syariah didalam portfolionya?

Terima kasih kepada ahli panel.
Wassalam

******************************
thtl

Jawab:

1. Halal/haram mengenai komisyen yg diterima agen unit trust bergantung kepada Halal/haramnya unit trust tsb. Seperti juga urusan perbankan, insuran dan kaunter BSKL, unit trust juga diklasifikasi sebagai unit trust konvensional dan syari'ah. Jika Public Mutual itu unit trust berasaskan konvensional, maka secara otomatik komisyennya haram.

2. Jika skim itu skim Ittikal yg diluluskan oleh Bank Negara yg beroperasi secara syari'ah, maka ia halal walaupun ia merupakan anak syarikat induk yg masih konvensional kerana ia beroperasi di bawah pengurusan yg berasingan. Tapi kalau nak betul2 yakin, pilihlah skim unit trust yg dikeluarkan oleh syarikat induk yg juga beroperasi di bawah skim syari'ah.

3. Boleh jika ia mendapat lesen Ittikal dari pihak berwajib. Hukumnya samalah jika seseorang mengunjungi kedai makanan PizzaHut (milik USA) tapi ada persijilan Halal-Jakim (sekarang kena sertai kempen Boikot USA, tak boleh pergilah)
WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment