Jan 30, 2009

Aqiqah sesudah baligh

Apakah hukumnya kita buat aqiqah kepada anak kita tapi anak kita sudah pun baligh?

******************
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Akan kami cuba menjawab soalan sdr Tholiban dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Umat Islam diseru agar tidak mengabaikan amalan aqiqah walaupun hukumnya sunat kerana Sabda Nabi saw :

{{ كل غلام رهين بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه ويحلق رأسه ويسمى}}

"Setiap anak yang lahir itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelih (kambing) untuknya pada hari ketujuhnya, dicukur kepalanya dan diberi nama" - Riwayat Al-Nassaa'i #4220, Abu Daud #2838, Al-Tirmudzi #1522, Ibn Majah #3165 - dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam Sahih Abi Daud.

Jawatankuasa Fatawa Daaimah Saudi (11/442) menyatakan :

العقيقة : هي ما يذبح في اليوم السابع من الولادة ؛ شكراً لله على ما وهبه من الولد ، ذكَراً كان أو أنثى ، وهـي سنة ؛ لما ورد فيها من الأحاديث،

"Aqiqah : merujuk kepada bintang yang ingin di qurbankan pada hari ke 7 setelah dilahirkan sebagai tanya bersyukur kepada Allah keatas dikurniakan anak, samada lelaki atau perempuan, dan ia adalah sunnah! Kerana terdapat hadith-hadith yang meriwayatkannya."

Bagaimana pula jika kanak-kanak sudah melebihi umur 7 hari atau sudah baligh ?

Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily didalam buku Fiqh Al-Islami (III), ada dikalangan ulama' Hanbali mengatakan bahawa aqiqah sunat dilakukan oleh dirinya sendiri (empunya diri) dan tidak dikhaskan untuk kanak-kanak, maka ibu-bapa bolehlah melakukan Aqiqah untuk anak-anak yang telah baligh. Ini adalah kerana bagi pendapat mereka tidak ada masa akhir yang ditetapkan untuk melakukan aqiqah.

Menurut Jawatankuasa Fatawa Daaimah Saudi (11/439):

العقيقة سنة مؤكدة ، عن الغلام شاتان تجزيء كل منهما أضحية ، وعن الجارية شاة واحدة ، وتذبح يوم السابع ، وإذا أخرها عن السابع جاز ذبحها في أي وقت ، ولا يأثم في تأخيرها، والأفضل تقديمها ما أمكن

"Aqiqah adalah sunnat muaakkadah, bagi lelaki 2 ekor kambing yang sesuai untuk disembelih, dan bagi perempuan sekor kambing, dan sembelih pada hari ke 7, dan jika terlambat melebihi 7 hari, maka dibenarkan menyembelih bila-bila waktu, dan tidak ada dosa melambatkannya, dan lebih afdal dilakukan dimasa yang terdekat"

Dengan kata lain, melambatkan aqiqah tidaklah menjadi masalah, cuma seafdal-afdal aqiqah ialah pada hari yang ke 7, sebagaimana yang diriwayatkan didalam hadith.

wallahu 'alam

-wassalam-

===============
Rujukan

1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 11. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - III. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

_________________

Salam

Pendapat yg dikemukakan oleh Syaikh kami: Ustaz Kamin itu dinamakan Pendapat Kanan. Yakni memberi kelonggaran fiqih yg maksimum kepada umat.

Kalau kita bentangkan isu ini:
"Apakah hukum Aqiqah/Nasikhah selepas sudah baligh?

Pendapat kanan: Boleh kerana akikah itu tanpa sempadan umur.
Pendapat kiri: Tidak boleh kerana waktunya ditentukan iaitu pada hari ke 7. (Maliki dan Ahli Hadis)

Apakah pendapat yg pertengahan?
Kita bawa contoh: Majlis Walimatul 'Urus (kenduri kahwin)
Pendapat kanan: boleh mengadakan majlis walimah sepanjang tahun
Pendapat kiri: Majlis walimah hanya disambut pada hari akad nikah sahaja
Pendapat Pertengahan: lingkungan sebulan selepas akad

Ini contoh sahaja kerana nak tunjuk konsep pendapat kanan-kiri dan pertengahan.

Kembali kita pada Aqiqah.
Mengatakan waktunya terbuka melewati usia baligh adalah terlalu longgar. Walaupun pendapat ini boleh diamalkan tapi ia bercanggah dengan definasi Aqeeqah secara istilah dan syara' kerana ia merujuk pada majlis menyambut orang baru lahir. Amat ganjil bila Aqeeqah yg dinisbahkan pada bayi disambut oleh seseorang yg dah tua bangka. Bila seorang berumur 45 tahun mengundang orang makan, dia memberitahu ini majlis Aqeeqahnya.

Pendapat kiri: Aqeeqah hanya pada hari ke 7 sahaja. Pendapat ini benar sebab ada dalil2 yg sahih tapi amat menyulitkan. Kerana ada bayi yg terpaksa diwadkan kerana jaundice atau komplikasi atau kesulitan ibubapa kerana masalah kewangan maklumlah terpaksa membayar bil hospital yg agak tinggi sekarang ni.

Pendapat pertengahan ialah mana-mana yg mampu dan bersedia, lakukan pada hari ke 7. Jika ada kesulitan pada minggu berikutnya (ke 14, dan akhir sekali pada minggu berikutnya (hari ke 21) Jika dah terlepas pada tarikh itu, anggaplah sunnah itu terlepas dan tak usahlah bersedih hati kerana tidak melakukan suatu sunnah kerana kefahaman beranggapan ia adalah wajib pun suatu yg ekstrim juga. Maksimum ke minggu ke tiga ini adalah hadis marfu' dari Tabrani (asSagheer: 1/256)
Pendapat kanan yg menganggap Aqeeqah itu hutang hingga terpaksa ditunaikan hatta hingga ke peringkat baligh adalah tidak tepat. Sebagaimana hadis dalam naylul Awthor (6/213) " barangsiapa di antara kalian yg ingin menyembelih utk kelahiran bayinya maka hendaklah dia lakukan"

Rumusan:
Aqeeqah ialah suatu event sempena kelahiran. Jika menyembelih pada hari ke 7 ia amat menepati maksud kenduri itu kerana bayi itu masih panas lagi. Begitu juga walimah alurus jika dilakukan setahun selepas akad nikah, tentulah dah tak meriah lagi terutama bila pengantin dan berbadan dua.
Itu sedikit koreksi thtl terhadap pendapat Dr Wahbah dan Lajnah Daimah kerana pendapat itu tidak disandarkan pada dalil. WA

0 comments:

Post a Comment