Feb 5, 2009

Zakat Simpanan

Salam:

soalan kedua sempena tahun baru nih :) pula ialah mengenai zakat simpanan. sy kompiuse bab zakat nih, antara pendapatan dan simpanan.

sy bergaji - RM1800+
simpanan sy mula dari tahun 2002 hingga skrg - RM6000+

simpanan sy pulak kadang2 naik, kadang2 turun.. cuma tahun ni alhamdulillah dah melepasi barier RM5000. Sy kumpul ni sebab satu nak beli kereta, kedua nak kawin (mana dtg dulu - kalau jodoh smpi dulu, sy kawin dulu kereta kemudian).. persoalannya simpanan sy tu kena zakat tak? dan macam mana kadar bayaran zakat serta kadar atau haul utk wajib kena zakat.. takut nanti dok2 simpan2 nak kawin tapi tak berkat sebab tak bayar zakat :oops: dan pada sape sy nak bayar zakat nih.. dan kwsp macam pula ya? adakah kwsp malaysia ini dah settlekan zakat kita?

kalau boleh harap panel ustaz2 sekalian ble senaraikan lain2 zakat serta kadar2 pembayaran zakat dan haulnye secara ringkas dan padat.. :)

terima kasih

wassalam..

******************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Dah pun nak sampai akhir tahun. Kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kaedah zakat untuk kedua-dua jenis zakat ini ialah (1) Genap haul (cukup setahun) dan (2) mencukupi nisabnya.

Nisab zakat simpanan ditentukan sebagaimana nilai wang emas atau wang perak. Sabda Nabi saw :

ليس فيما دون خمس أواق من الورق صدقة مائتا درهم.
"Tidak ada pada harta yang kurang dari lima awqiyah daripada wang perak itu sebarang zakat dan (5 Auqiyah) itu ialah 200 dirham" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Satu awqiyah bersamaan dengan 40 dirham. Ini bermakna lima awqiyah itu bersamaan dua ratus dirham . Adapun mengikut timbangan sekarang 200 dirham itu bersamaan dengan 595 gram perak

وفي الرقة ربع العشر
"Dan pada wang perak itu (zakatnya) adalag suku daripada persepuluh (1/40 atau 2.5%)" [Hadith Riwayat bukhari]

Telah ijma' ulama pada mengatakan nisab emas itu ialah 20 dinar (misqal) mengikut timbangan Mekah.

Buat masa ini kadar nisab Selangor adalah lebih kurang 4975.00 bagi wang simpanan.

eg: Misalan pada 1/1/2005 simpanan anda berjumlah rm5,500.00, dan pada 31-12-2005 simpanan anda berjumlah rm6,500.00. Baki terendah anda pada tahun tersebut adalah 5,200.00; maka ambil baki terendah ini dibahagi dengan 2.5% = 130.00. Maka zakat yang dikenakan untuk satu tahun tersebut adalah 130.00. Begitulah seterusnya pada tahun yang akan datang; pastikan anda mengikuti baki terendah untuk tahun tersebut bagi tujuan mengira zakat.

--------------------
Berikut kami ambil dari maklumat PPZ (Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan) mengenai kaedah mengira zakat pendapatan :-

Cara untuk mengira zakat pendapatan:

Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun) Contoh : Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun.

Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)

Contoh : Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 = RM250 setahun

sumber : http://www.zakat.com.my/infozakat/pendapatan.html
=====

Untuk zakat KWSP pula, sila lihat link di bawah ini :-

SJ-11-0039 : zakat untuk duit yang x boleh guna lagi...
URL : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28680

Sekian, wassalam

2 comments:

Anonymous said...

salam ustad,

bagaimana pula kalau sumber pendapatan kita hanyalah dari gaji bulanan dan daripada gaji itu kita bayar zakat pendapatan terlebih dahulu secara bulanan malahan bayar lebih dari yang sepatutnya (katakan mengikut kiraan 2.5% itu cuma RM100 tetapi kita bayar RM400 sebulan). Kemudian dari duit gaji bulanan yg sudah dizakatkan itu kita pecahkan pula untuk simpanan dan pembelian emas dan perak, adakah kita kena membayar lagi zakat wang simpanan dan penyimpanan emas dan perak itu?

terima kasih...

Anonymous said...

Assallamualaikum ustaz,

Saya memperolehi elaun perumahan setiap bulan. Tetapi saya tidak tinggal di rumah sewa sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang masih dalam pembiayaan pinjaman. Bayaran ansuran pinjaman perumahan melebihi kadar elaun perumahan saya. Adakah saya dikenakan zakat untuk elaun tersebut.

Saya juga ada berhutang (pinjaman peribadi) dengan pihak bank dan hutang kad kredit. Adakah perbelanjaan membayar hutang dikenakan zakat atau boleh ditolak dalam pengiraan zakat.

Post a Comment