Jan 29, 2009

Mengenai Pelaburan

Saya ada beberapa soalan…

1. Apakah hukumnya melabur di dalam ASB? Kerana system yang diamalkannya tidak seperti system saham biasa kerana keuntungan akan diberikan kepada pelabur dalam jumlah yang telah ditetapkan. Contohnya sebanyak 10% untuk setahun. Jadi, adakah system sebegini dibolehkan walaupun ia lebih kurang sama dengan system bank yang menawarkan faedah? Kerana menurut sesetengah orang, ia tidak sama kerana ia merupakan satu system saham di mana wang yang kita laburkan itu digunakan untuk perniagaan.

2. Soalan ini berdasarkan situasi berikut.

“A ingin membeli sebidang tanah daripada B. Harganya ialah RM 20 juta. B menetapkan supaya A membayar wang tersebut dalam tempoh 2 bulan. A bersetuju. Kemudian, setelah permohonan pinjaman wang sebanyak RM 20 juta telah diluluskan oleh pihak bank, A tidak terus membayar wang tersebut kepada B, tetapi A menggunakan wang tersebut untuk melabur di pasaran saham di Eropah. Setelah cukup sebulan , nilai saham A telah meningkat dengan begitu tinggi, A menjual beberapa lot sahamnya untuk membayar wang RM 20 juta kepada B. Dan apabila genap 2 bulan, A menjuual kesemua sahamnya dan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana nilai matawang di Eropah jauh lebih tinggi daripada RM. Dengan keuntungan tersebut, A dapat membayar semula wang pinjaman RM 20 juta kepada pihak bank dan selebihnya menjadi miliknya walaupun tanah yang sebidang itu masih belum diusahakan langsung.”

Soalan saya : Apakah hukumnya A berbuat demikian? Tidakkah risiko bercampur dengan haram itu tinggi akibat perniagaan yang dijalankan di sekitar Eropah? Tidakkah sikap A itu dianggap menipu? Apakah pula bezanya jika A melabur di tempat lain seperti di negara-negara Islam misalnya?

Sekian. terima kasih.

*********************
thtl

Jawab:

1. Pelaburan amanah saham di Malaysia dikategorikan sebagai saham amanah konvensional dan amanah syari'ah. ASB tidak disenaraikan sebagai amanah saham syari'ah.

2. Pinjaman A tidak ada kena mengena dgn si B. Si B mahukan RM 20 juta dalam tempoh 2 bulan. Aktiviti pelaburan si A dgn RM 20 juta itu tertakluk pada tiga faktur:

a. apakah jenis pinjaman yg diambilnya dari bank: ribawiyah atau syari'ah?

b. apakah kaunter pelaburan yg dilaburkan di Bursa saham Eropah, apakah bisnes itu halal atau haram di sisi Islam?

c. apakah jenis permainan saham yg begitu cepat kaya ini: pinjam RM 20 juta, kemudian dalam 2 bulan, boleh beli tanah RM 20 juta dan boleh bayar balik pinjaman 20 juta. Ini bermakna seorang peminjam dapat untung RM 20 juta dalam 2 bulan!! Inilah skim cepat kaya. WA

0 comments:

Post a Comment