Jan 28, 2009

Hutang

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Bismillahir Rahmanir Rahim ,

Pertama, saya memohon maaf di atas kehilangan soalan saudara yang bertajuk HUTANG. Setelah puas dicari, tidak saya temui dimanakah ghaibnya soalan tersebut ketika saya hendak reply. Namun, inilah jawapannya dengan izin Allah Ta'ala :


Berikut adalah jawapannya, sepanjang pengetahuan kami yang cetek yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala ini, Bittaufiq Wal I'anah Min 'IndilLahi Ta'ala :

(1) Mengikut apa yang kami fahami daripada pengajan Fiqh, HUtang wajib dibayar, kecualilah kalau org yg memberi kita berhutang sudah menghalalkannya. Kalau kita benar-benar terlupa membayar hutang (bukan sengaja buat-buat lupa maka ianya tidaklah menjadi satu dosa , sbg mana
diterangkan di dalam Hadis sahih drp Baginda s.a.w , bersabda, mafhumnya : (( " Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira - dikira sbg dosa - sebarang kesalahan umatku yang dilakukan di dalam keadaan terlupa, kejahilan dan dipaksa " )).


Walaupun begitu, kalau tiada sebarang usaha kita di dalam merekodkan hutang kita kepada seseorang itu, seperti menulis, ataupun memberitahu kepada orang yang diyakini amanahnya, maka ini menunjukkan kita cuai. Ya ! memanglah kita tidak sengaja mahu melupakan hutang itu, tapi asas berlakunya ini adalah kecuaian. Kecuaian pula bukanlah sifat yang dituntut drp seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala.


Baiklah, tatkala kita ingat bahawa kita pernah berhutang dengan seseorang, kemudian barulah kita ketahui bahawa dia telah meninggal dunia, maka hutang itu hendaklah dibayar kepada ahli waris si mati tadi , contohnya : isterinya ataupun anak-anaknya.


Kalau tidak ditemui sebarang ahli warisnya, maka Kitab-Kitab Fekah menjelaskan bahawa hendaklah kita membuat IKLAN (di media-massa sbg contohnya) dengan mencari ahli-ahli waris si mati dalam jangka masa setahun.


Selepas tempoh setahun itu, kalau tiada sebarang respon drp ahli keluarga si mati itu, maka kadar @ jumlah hutang itu (contohnya kita berhutang dengan Allahyarham itu sebanyak RM 1000/=) , hendaklah disalurkan kepada pihak yang lebih berhak menerima sedekah seperti para faqir-miskin. Ataupun diserahkan kepada mereka yang baru memeluk Islam mereka yang sedang belajar di jalan Allah Ta'ala dan seumpamanya.


Itulah kebaikan yang diharapkan dapat menebus kekurangan dan kesalahan kita. Firman Allah Ta'ala yang mafhumnya : (( " Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu dapat menghapuskan keburukkan-keburukan " )).


Saranan kami : Dekatilah majlis-majlis pengajian agama & sentiasalah memohon bimbingan daripada guru-guru yang berkelayakan. Mudah-mudahan usaha saudara itu memberatkanlagi neraca timbangan amalan baik saudara kelak di hari akhirat. Amin .



Wallahu A'alam Bissowab
Wahuwa Yahdis Sabilir Rasyad.

Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment