Feb 1, 2009

Aqad Dalam Jual Beli

Assalamualaikum,

Ingin bertanya sedikit berkenaan hukum akad dlm jual-beli, setahu saya dlm jual-beli kedua-dua pihak iaitu pihak yang menjual dan pihak yang membeli seharusnya mencapai persetujuan barulah hukum ini akan sah.

Dalam 1 kes,

Cthnya : Si Ali telah memesan sesuatu makanan dan memberitahu si tukang masak agar melebihkan sedikit rencah didlm masakannya.

Apabila makanan sampai dan Ali telah memakan makanan itu, barulah si tukang kira mengira dan meletakkan satu harga yang memang tidak munasabah. Ali telah rasa dirinya tertipu dan kerana terpaksa dan tanpa kerelaannya telah membayar harga makanan tersebut

Soalan saya,

1. Apakah hukumnya meletakkan sesuatu harga yang tidak MUNASABAH?
2. Apakah hukumnya Ali memakan makanan tersebut dimana didalam hal ini hukum akad itu tidak dapat dilaksanakan( Tiada persetujuan dibelah pihak Ali)?
3. Apakah hukumnya jika Ali tidak ingin membayar makanan itu?

Saya ingin selitkan sedikit penerangan yang telah saya dapati :

Syarat Sah Jual Beli
Sahnya suatu jual beli bila ada dua unsur pokok yaitu bagi yang beraqad dan (barang) yang diaqadi, apabila salah satu dari syarat tersebut hilang atau gugur maka tidak sah jual belinya. Adapun syarat tersebut adalah sbb

Bagi yang: beraqad :
1. Adanya saling ridha keduanya (penjual dan pembeli), tidak sah bagi suatu jual beli apabila salah satu dari keduanya ada unsur terpaksa tanpa haq (sesuatu yang diperbolehkan) berdasarkan firman Allah Ta'ala " kecuali jika jual beli yang saling ridha diantara kalian ", dan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda "hanya saja jual beli itu terjadi dengan asas keridhan" (HR. Ibnu Hiban, Ibnu Majah, dan selain keduanya), adapun apabila keterpaksaan itu adalah perkara yang haq (dibanarkan syariah), maka sah jual belinya. Sebagaimana seandainya seorang hakim memaksa seseorang untuk menjual barangnya guna membayar hutangnya, maka meskipun itu terpaksa maka sah jual belinya.

Diharap, saudara-saudara dapat membantu menerangkan serba-sedikit kerana ianya hukum dan makanan yang akan menjadi darah-daging......

Terima Kasih,

Riz_abdullah

**************
thtl
Founder

Wassalamualakum

1. aqad jualbeli dalam industri makanan berhidang ialah bila anda telah makan dan membayarnya.

2. Jika anda merasakan tidak puashati dgn caj yg dikenakan, menjadi hak anda utk minta itemised billing, maksudnya bil terperinci.

3. Jika anda membuat bantahan dan dia mengemukakan jawapan. Maka jika terdapat unsur kezaliman dalam jawapannya, anda hendaklah membuat aduan kepada kementerian HEP dan Perdagangan dalam negeri (menteri YB Shahril Abd Samad)

4. Pastikan restoren itu bukan jenis hi-end (maksudnya restoren elit yg mengenakan caj yang mahal) kerana sifat eksklusifnya. Cth: fresh oren di warung hanyalah RM 1.80. Tapi di restoren elit berharga RM 9.90. pastikan anda tahu status restoren tsb.

Jawapan kepada soalan2 Riz bergantung kepada sejauh mana apa yg kita senaraikan di atas telah dilakukan. Itulah hak anda sebagai pengguna yang diamalkan sejak zaman salaf lagi. Di mana di zaman salaf, peniaga dan pembeli yang merasa tertipu akan datang mengadu kepada pejabat khalifah. Bila pejabat khalifah memutuskan, maka itulah hukum muktamad kepada status akad tadi.

sekian

thtl utk
Lajnah Fiqh dan Penyelidikan Ilmiah AFN (LFPI-AFN)

0 comments:

Post a Comment