Jan 30, 2009

Fidyah Dan Lain-lain

Salam

[1] Bagi makhzab Syafie, Hanbali dan Maliki Fidyah wajib dikenakan ke atas orang yang gagal mengganti puasa sehingga masuk ke Ramadan berikutnya. Pertanyaan adakah terdapat Nas atau hadis yang mengatakan seseorang itu diwajibkan menggandakan fidyahnya jika masih tidak mengganti puasa di tahun seterusnya?

[2] Adakah hukum tersentuh bulu kemaluan sama dangan tersentuh kemaluan bagi yang berwuduk? Bolehkah ustaz terangkan kawasan yang dikatakan kemaluan belakang.

[3] Adakah sah solat berjamaah jika imam selesai membaca salam kedua makmum masih membaca tahiyyat akhir? Adakah makmum harus berhenti membaca dan terus memberi salam sedangkan tahiyyat itu termasuk dlm rukun sembahyang? Apakah status sembahyang makmum tersebut jika sepanjang solat dilakukan terdapat bacaannya yang silap terutama ketika bacaan tahiyyat awal dan akhir serta ketika sujud dan rukuk?

**************
thtl

Wassalam

Jawab:

1. Tidak terdapat nas (baik AlQur:an atau Hadis) mengenai fidyah yg dimaksudkan itu. Ia berdasarkan fatwa sahabat antaranya Ibn Abbas ra. Maka dengan ini pendapat Hanafi lebih rajih kerana penetapan fidyah memerlukan nas sedangkan ianya tidak ada. Fiqh Sunnah

2.1 Yang dimaksudkan menyentuh zakar ialah batang zakar itu bukan bulunya. Pendapat yg rajih tidak batal wudhu' jika menyentuh zakar yg tidak disertai rasa syahwat atau ghairah. Tamamul Minnah

2.2 Kemaluan belakang (dubur) ialah tempat keluar najis. Dalam bahasa Inggeris dinamakan ANUS

3.1 Potonglah bacaan tahiyyat apabila sudah membaca selawat atas Nabi saw dan keluarganya. Maka sahlah solat anda.Perlu ditingkatkan keupayaan dan kelajuan anda hingga dapat menuruti Imam secara sempurna kerana dijadikan Imam itu untuk diikuti (HR Syaikhan dari Abu Hurairah ra)

3.3 Bacaan yg silap dima'afkan jika sedang belajar dan tidak dima'afkan kerana enggan belajar. Maka belajarlah dan hendaklah ada ustaz yg mensahihkan bacaan anda. (Yas-aluunak)

0 comments:

Post a Comment