Jan 31, 2009

Dahan Patah Menimpa Rumah Jiran

Sebuah rumah telah di timpa oleh dahan pokok durian kepunyaan jiran.adakah tanggung jawab jiran tersebut untk bayar gantirugi.

**********************
pendekar


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Solid yang mengemukakan soalan di atas . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai perkara yang di atas :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَجْمَاءُ جُبَارٌ وَالْبِئْرُ جُبَارٌ وَالْمَعْدِنُ جُبَارٌ وَفِي الرِّكَازِ الْخُمُسُ

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : [color=blue] “ ( Apa-apa ) yang berlaku disebabkan oleh binatang-binatang , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang ( jatuh ) ke dalam telaga , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang jatuh ke dalam gali-galian adalah percuma ( sia-sia ) sahaja dan pada harta rikaz itu hendaklah dikeluarkan zakat sebanyak 1/5 daripadanya “ ~ [/color] Hadis diriwayatkan oleh secara sepakat oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh ( Muttafaqun ‘Alaih ) , Al-Imam Malik rh ( 2 / 12 ‘Uqul ) , Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1499 ) , Al-Imam Muslim rh ( 3 / 1710 ) , Al-Imam An-Nasaie rh ( 5 / 2492 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1377 ) , Al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 4593 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 2509 ) , Al-Imam at-Thabrani rh di dalam “ Al-Kabir “ ( 17 / 6 ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ As-Soghir “ ( 5676 ) .

Erti : “ PERCUMA SAHAJA “ ialah “ SIA – SIA “ di dalam hadis tersebut membawa erti bahawa apa sahaja kerosakan yang dilakukan oleh binatang , ataupun disebabkan jatuh ke dalam telaga , ataupun disebabkan jatuh ke dalam lubang yang digali untuk mencari gali-galian , maka si pemiliknya TIDAKLAH DIKENAKAN MEMBAYAR PAMPASAN atas kerugian yang diterima oleh orang yang ditimpa musibah itu . Tidak wajib dia membayarnya disebabkan apa yang menimpa orang itu bukanlah disengajakan dengan satu sebab ataupun secara langsung .

Oleh itu , jika pohon Si A jatuh menimpa rumah Si B , maka BUKANLAH MENJADI TANGGUNG-JAWAB Si A untuk membayar kerugian yang dideritai oleh Si B , jika Si B tidak pula meminta ganti-rugi . Tetapi jika Si B meminta , wajib Si A membayarnya .

Walaupun begitu , jika Si A bermurah hati dan tetap mahu membayar ganti-rugi walaupun pohon itu jatuh bukanlah disebabkan perbuatannya ataupun Si A tetap mahu membayar ganti-rugi kerana merasa bersalah ( disebabkan dia cuai sehingga pohonnya melepasi sempadan pagarnya lalu memasuki pagar Si B ) , maka itu adalah LEBIH BAIK dan LEBIH HAMPIR kepada ketaqwaan kepada Allah Ta’ala .

Lebih-lebih lagi , jika Si A itu membaca hadis-hadis berikut , sudah tentulah akan berdetik juga hatinya untuk membayar ganti-rugi yang dideritai oleh jirannya ( Si B ) itu :

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ عَبْدٌ حَتَّى يُحِبَّ لِجَارِهِ أَوْ قَالَ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Ertinya : Daripada Saidina Anas r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Demi diriku yang berada di dalam tangan-Nya ( Allah ) , Tidaklah dianggap beriman seseorang hamba itu sehinggalah dia mencintai bagi jirannya ataupun saudaranya apa-apa jua yang disukai oleh dirinya “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh { Bulughul Maram , oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh : 1456 } .

عَنْ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya : Daripada Saidina Abdullah r.a Bin Saidina ‘Umar r.a : Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Orang Islam itu adalah saudara bagi sesama orang Islam . Tidaklah boleh dia menzalimi saudaranya itu dan tidaklah boleh dia mengecewakannya . Dan sesiapa yang memenuhi permintaan saudaranya , maka Allah juga akan memenuhi permintaannya . Dan sesiapa pula yang melepaskan seseorang Islam itu daripada kesusahan / kesempitan , maka Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan daripada berbagai kesusahan di hari kiamat kelak . Dan sesiapa sahaja yang memelihara kehormatan seseorang Islam , Allah pula akan menjaga kehormatannya pada hari kiamat kelak “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Mazlim Wal Ghadob .

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ

Ertinya : Daripada Saidina Jabir r.a Bin Saidina Abdullah r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Setiap kebaikan itu adalah sedekah “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

Demikianlan berdasarkan apa yang kami ketahui secara sedikit , walhal Allah Ta’ala adalah Lebih Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
Jilid 2 , Hadis : 5676
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh
Jilid : 4 , Hadis : 5676 , Halaman : 494
Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut

3 ~ BULUGHUL MARAM
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Terjemahan : Al-‘Allamah Ustadz A. Hassan rh
Terbitan :CV Diponegoro , Bandung

4 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment